Bersedia menggalas tanggungjawab memegang karakter sebagai nenek, Rozita Che Wan tidak terasa.

Sebaliknya, dia menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka.

Malah, pelakon wanita yang mesra disapa Che Ta ini pertama kali memegang watak berkenaan menerusi drama bersiri, Family Spy.

Katanya, karakter yang dilakonkan sebagai Mak Roz bersesuaian dengan penampilan dan kematangannya.

“Saya okay saja untuk menjayakan karakter nenek. Lagipun itulah realitinya saya sekarang sudah ada anak-anak yang besar.  

“Ini juga merupakan kali pertama saya memegang watak nenek, tetapi bukanlah nenek yang tua, watak saya itu kategori nenek ‘muda’ dalam lingkungan usia 40-an yang bergaya, tangkas kerana watak tersebut merupakan bekas perisik antarabangsa,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, ibu kepada tiga cahaya mata ini ditemui di Great Eastern Mall, Ampang pada Isnin sempena pengenalan drama bersiri terbaru Astro Ceria terbabit.

Dalam pada itu, Che Ta bagaimanapun menegaskan dia tidak akan menerima tawaran watak yang menuntut wajahnya disolek agar kelihatan lebih tua.

Baginya, watak sedemikian wajar diberikan kepada pelakon veteran demi menjaga hak dan kebajikan mereka.

IKLAN

“Kenapa harus saya ambil watak yang memerlukan muka kena mekap jadi tua? Baik bagi saja kepada pelakon veteran yang sedia ada.

“Jika tidak, pelakon veteran kita yang ada nak lakonkan watak apa? Bukan apa, apabila saya ambil karakter yang kena mekap tua, kasihan pelakon veteran tak dapat tawaran pula.

“Atas rasa prihatin, saya menolak memegang watak wanita tua kerana saya tak mahu menyekat rezeki artis veteran di luar sana,” jelasnya. 

IKLAN

Selain Che Ta, drama berisiri, Family Spy turut menampilkan Alif Satar, Sham Visa, Sharifah Shahirah, Datin Maria Farida, Nynaa Harizal dan Charis Chow.

Drama bergenre komedi itu disiarkan bermula 11 Mac ini jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631).

“Watak Kategori ‘Nenek Muda’ 40-an Yang Bergaya, Tangkas…,” – Che Ta Ada Sebab Tolak Watak Disolek Kelihatan Lebih Tua

“Watak Kategori ‘Nenek Muda’ 40-an Yang Bergaya, Tangkas…,” – Che Ta Ada Sebab Tolak Watak Disolek Kelihatan Lebih Tua

Foto : Instagram Alif Satar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI