Komen yang diberikan juri tetap Big Stage 2022, Ajai kepada peserta Iqbal Zulkefli sejurus persembahan pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi mencuri perhatian warga maya.

Komposer dan penyanyi itu berpendapat bakat nyanyian merupakan anugerah yang dikurniakan Allah SWT dan ia tidak boleh ‘dibeli’ dengan wang ringgit.

“Okay Iqbal… Cerita dia macam ni, kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian, straight to the point. Walau kamu berduit macam mana pun, tapi bakat tidak boleh dibeli dengan duit.

“Bakat dianugerahkan oleh Allah SWT. Macam mana kita nak ‘bagi’ Dia duit, Allah yang bagi kita duit. So you have to simply get the fact that you are not born to be a singer. Tapi kamu mempunyai rezeki yang lain.

“Allah maha adil, dia berikan rezeki lain-lain. Mula-mula saya beri lima tapi nyanyian belakang terabur. Awak pun tahu, tempo terabur,” kata Ajai.

IKLAN

Pada minggu kedua saingan, Iqbal yang menerima empat markah dari Ajai membawakan lagu Ketahuan nyanyian asal kumpulan Matta.

“Walau Kamu Berduit Macam Mana Pun, Bakat Tak Boleh Dibeli…,” – Komen ‘Straight To The Point’ Ajai, Iqbal Terima Dengan Hati Terbuka “Walau Kamu Berduit Macam Mana Pun, Bakat Tak Boleh Dibeli…,” – Komen ‘Straight To The Point’ Ajai, Iqbal Terima Dengan Hati Terbuka

Dalam pada itu, Iqbal turut diminta untuk terus  menjaga maruah diri selepas ini.

IKLAN

“Ia ambil masa. Bukan tiga hari belajar terus pandai, tidak. Ada orang bertahun belajar untuk dapatkan ilmu (nyanyian). Tetapi kepentingan di sini (Big Stage) untuk menjadi seorang penyanyi perlu mempunyai bakat terlebih dulu. Bakat itu pemberian, percayalah.

“Dan saya pun tak suka ia dijadikan satu bahan yang lawak. Awak perlu jaga maruah awak, terima kasih,” komen Ajai lagi.

Iqbal bagaimanapun menerima komen yang diberikan dengan hati terbuka.

IKLAN

“Saya terima dengan hati terbuka,” balas Iqbal.

Sejak diumumkan sebagai peserta ke-12 program Big Stage musim terbaru yang memulakan siaran pada 6 Februari lalu, Iqbal menerima reaksi pelbagai netizen, malah ada yang turut mempertikaikan mengenai kelayakkannya untuk bersaing di dalam program terbabit.

“Walau Kamu Berduit Macam Mana Pun, Bakat Tak Boleh Dibeli…,” – Komen ‘Straight To The Point’ Ajai, Iqbal Terima Dengan Hati Terbuka “Walau Kamu Berduit Macam Mana Pun, Bakat Tak Boleh Dibeli…,” – Komen ‘Straight To The Point’ Ajai, Iqbal Terima Dengan Hati Terbuka

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI