Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz memaklumkan dirinya telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan, pada Rabu.
Khabar tersebut telah dikongsikan Azira menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosial Instagram miliknya.
Di samping menzahirkan rasa sedih, penyanyi berusia 30 tahun ini memohon maaf kepada semua yang telah menjadi golongan kontak rapat.
“Hi salam gais. My worst nightmare came true today, it is with heavy heart to inform all of u that i just tested positive for Covid-19.
“I would like to apologised to everyone that has been in close contact with me, please do ur self test immediately. So sorry for the inconvenience caused,” tulisnya.
Ads
Pada masa sama, Azira memberitahu dia dijangkiti viirus varian Omicron dan mengharapkan orang ramai untuk mendoakan buat dirinya supaya diberi kesembuhan.
Malah anggota kumpulan De Fam ini juga turut menasihati semua untuk sentiasa menjaga kesihatan diri.
Ads
“In shaa Allah i’ll be better soon. Please pray for my recovery, as I still have an on-going shoot that got delayed because of this.
“Omicron is no joke, my 1st PCR result was negative the day before & then today suddenly my 2nd PCR result came back positive.
“I hope all of u remain well & safe during this time. Drink lotsa water & get boosted gais! Please takecare of urself, much love,” tulisnya lagi.
Filem Operasi UFO terbitan MBC Pictures Sdn Bhd. arahan Khairul Anuar Mat Noor atau Abang Warna menggunakan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI), sekali gus menjadikan filem sulung terbitan syarikat itu sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.
Disebabkan itu juga, menurut pengarahnya, Abang Warna filem berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum mula ditayangkan di Astro First sejak 5 Februari lalu.
“Penggambaran dijalankan pada bulan September 2020 dan ia memakan masa sedikit disebabkan proses suntingan yang menggunakan CGI. Dalam masa sama untuk kami mendapatkan kelulusan Astro First juga agak memakan masa.
“Kami menjalankan penggambaran ini selama 10 hari dan lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Lokasi lain di Batu Pahat, Johor kerana kami ingin mendapatkan suasana ladang nanas di sana,” katanya.
Filem komedi drama ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang lari dari penderitaan di rumah orang tua dan mengejar ‘UFO ‘yang menjanjikan kehidupan awet muda sepanjang zaman.
Berkongsi mengenai kos pembikinan filem Operasi UFO itu pula, Abang Warna berkata naskhah berkenaan dihasilkan dengan bajet rendah.
“Cukup untuk dikatakan, bajet yang kami keluarkan adalah terhad dan itu bukanlah bajet sebenar untuk supertele ataupun filem. Kami tiada masalah apabila lewat ditayangkan kerana ia memakan masa dalam proses suntingan.
“Kebetulan juga penyunting kami mempunyai banyak projek yang perlu diselesaikan. Filem ini juga banyak kali diperbetulkan terutama dari segi muzik, gambar, ‘cutting point’ dan lain-lain lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Abang Warna akui bajet yang ada cuba dimanfaatkan sebaiknya dalam menghasilkan kualiti yang bagus untuk tayangan penonton di rumah.
“Untuk menghasilkan naskhah yang baik dengan bajet rendah memang sangat sukar. Jika ada bajet setiap proses penggambaran akan menjadi mudah dan akan dapat hasil yang terbaik.
“Cuma apabila bajet yang terhad kita tidak boleh dapat hasil yang terlalu baik dan banyak kekangan yang timbul. Dengan percubaan pertama ini saya harap pada sedikit kejayaan.
“Semoga dapat membuka mata ‘founder’ kami agar mereka lebih yakin untuk memberi bajet yang lebih besar dalam penghasilan supertele ataupun filem,” katanya.
Berkongsi lanjut, Abang Warna juga tidak menafikan perancangan asal adalah untuk menerbitkan telefilem.
“Sebenarnya pada mulanya hasrat kami adalah untuk membuat satu telefilem khas untuk TV3 dan juga Astro. Disebabkan kami ini syarikat yang baharu maka apabila kami nak cadangkan satu tajuk telefilem maka mereka tidak terima disebabkan sudah biasa dengan syarikat yang sudah ‘established’.
“Jadi, kami berhasrat untuk menghasilkan satu telefilem khas dan meletakkan bajet yang tinggi sedikit supaya dapat hasil yang terbaik. Dengan harapan apabila produk ini selesai, pihak TV3 atau Astro akan terima jika hasilnya bagus.
“Apabila sudah siap, ada antara kami yang cadangkan untuk cuba di Astro First pula. Alhamdulillah cerita ini diterima untuk ditayangkan oleh mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Abang Warna menambah, pasukan produksi juga berdepan cabaran dari segi masa selain bilangan pelakon yang ramai.
“Dalam perancangan awal penghasilan naskhah ini kami berhadapan dengan masalah masa yang agak terhad dan bilangan pelakon yang agak ramai maka banyak syot yang perlu dilakukan.
“Apatah lagi kita tidak boleh terlalu menekan pelakon terutama pelakon senior kerana mereka perlu ada masa bertenang dan berehat. Kadang-kadang penggambaran mula pagi dan habis lewat.
“Jadi, saya pun rasa serba salah untuk mengambil masa yang terlalu lama,” katanya yang bersyukur kerana proses penggambaran tetap berjalan lancar.
Filem Operasi UFO dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Sharif ZERO, Jasmin Hamid, Lousi Alissa Chong, Rozita Che Wan dan Redza Rosli.
Bintang lain yang turut beraksi ialah Fahrin Ahmad, Vicha, Adeline Tsen, Hairi Safwan, Laura Olivia, Munir Pak Pandir, Wan Shade dan Mulyady Rudy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi mengakui berasa tersentuh dengan dedikasi yang dikongsikan oleh penyanyi senior, Ziana Zain bersempena hari lahir adiknya yang juga merupakan penyanyi terkenal, Anuar Zain di program radio, Santai Siang, Buletin FM.
Ziana sewaktu dihubungi difahamkan tidak dapat menahan air matanya ketika membicarakan mengenai hari istimewa adiknya itu.
Menurut Haiza, dia sebenarnya tidak menyangka momen yang pada awalnya gembira berubah menjadi sedih.
Dalam ucapannya itu, penyanyi lagu, Madah Berhelah ini menitipkan doa semoga Anuar sentiasa berikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
“Along doakan semoga angah dipanjangkan umur. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik.
“Semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat adik dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.
“Please stay as who you are today. Your good heart. Semua orang tahu itu. We all love you so so much.
“InsyaAllah kita jumpa adik beradik dan satu keluarga di syurga jannah. InsyaAllah, ameen,” kata Ziana sebak.
Dalam pada itu, Haiza turut merakamkan ucapan penghargaan buat Ziana yang sudi meluangkan masanya untuk muncul di segmen radio kendaliannya.
Katanya lagi, kedua adik beradik ini sememangnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang sangat utuh.
“Pagi tadi, Haiza whatsapp Kak Ziana @iamzianazain dan bagitau nak borak-borak on air sempena birthday Abang Nuar. Dalam pada sibuk tu,Kak Ziana sudi juga nak layan Haiza.
“Inilah dia kasih sayang daripada seorang kakak kepada seorang adik. Kak G, adik mintak maaf, tak berniat untuk buat akak menangis.
“Happy birthday Abg @anuarzain70 @anuarzainnetwork semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menzahirkan rasa sebak selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Anuar.
“Sebak dengar suara Ziana.
“Akak ikut sedih dengar ucapan Kak G. Semoga Abang Nuar dan keluarga dirahmati dan diberikan rezeki yang luas.
“Tak dapat tahan. Ikut menangis juga.
“Kasih sayang seorang kakak. Happy birthday Anuar Zain. Semoga sentiasa didalam rahmatnya, antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Haiza merupakan salah seorang penyampai radio di Buletin FM yang mengendalikan segmen Santai Siang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Haiza Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Test Test Fitting! Seminggu lagi ya Allah untuk menempuh alam kehidupan sebagai suami Isteri. @anismarzuki bakal imam you.
“Semoga Semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar buat kami semua Amin YRA,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem, Hantu Kuat Ketawa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Zalif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pereka fesyen terkenal yang juga merupakan pelakon, Den Wahab yang akan menaja sepersalinan baju melayu pada hari akad nikahnya nanti.
“Lengkap baju putih nikah disponsor penuh oleh designer Tersohor abgku kakaku Den Wahab @iamdenwahab @denwahab_dw
“Ukuran, jahitan dan kainnya cukup cantik, kemas, segak bila disarungkan.
Loveeeeee sangat-sangat. Cantik. Tunggu pakaian penuh Lengkap minggu depan ya.
“Selamat Hari Jumaat yang Bakarah semua. Moga semuanya dirahmati dan diberkati Allah SWT. Amin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Zalif dan pasangan.
“Semoga dipermudahkan urusan mu bos.
“May Allah ease everything for you. Semoga dilancarkan segala urusan. Praying for nothing but the best for both of you.
“Steady my brother.
“Steady, ya Allah nak nikah dah adik aku ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Zalif bakal menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Aniss Marzuki.
Zalif dan Aniss telah bertunang pada tanggal 20 Ogos tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Zalif Sidek
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.