Aktres Fasha Sandha mengakui suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz berhasrat untuk memiliki cahaya mata lelaki selepas anak mereka, Aisha Amaira kini mencecah usia dua tahun.
Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan mendedahkan dia belum bersedia untuk sekali lagi berbadan dua.
“Saya memang sukakan kanak kanak sejak zaman anak dara lagi. Dulu kalau ada masa lapang, saya sanggup angkut anak jiran bawa jalan ke sana ke sini.
“Tapi sekarang, cukuplah dulu ada tiga anak. Nak tambah lagi anak… lambat lagi. Aidil memang cakap nak ‘baby boy’ pula tahun ini.
“Tapi sejujurnya, saya belum bersedia. Saya sibuk dengan komitmen seni dan duta produk,” katanya yang baru sahaja dilantik sebagai duta produk atau pengguna setia produk serbuk Vitamin C Gebu Glow.
Kakak kepada pelakon Elisya Sandha itu bagaimanapun tidak menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk memiliki permata hati lagi selepas ini.
“Tapi andai Tuhan beri rezeki hamil lagi, saya terima. Saya baru 37 tahun. Mungkin sebelum masuk usia 40, saya boleh beranak lagi. Mujur suami memahami,” katanya.
Ads
Berkongsi mengenai sisi kerjaya seninya, Fasha tidak menafikan soal menjaga disiplin dan komitmen kerja sebagai antara resipi sukses yang diamalkan sejak 16 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah lewat sepanjang tempoh 16 tahun dalam kerjaya seni. Mungkin juga kerana saya bermula sebagai seorang model sejak usia 18 tahun.
“Ketika itu, kebanyakan ‘call time’ bermula sekitar 4 atau 5 pagi. Orang sedap tidur kami sudah mula bertugas memulakan solekan dan sebagainya.
“Jadi, mungkin sudah terbiasa dan terbawa-bawa sampailah sekarang. Saya suka bermula awal pagi. Walaupun saya pulang lewat macam mana pun dan tak cukup tidur, saya tetap akan cuba bangun awal,” katanya.
Ads
Bintang filem Cicakman itu turut, dia juga berkongsikan tips dan nasihat sama kepada adiknya.
“Saya selalu ingatkan Elisya supaya jaga waktu. Jika dia terlambat, dia akan memberi kesan kepada nama saya. Tetapi Alhamdulillah, Elisya sangat mendengar kata.
“Saya juga selalu berpesan kepadanya supaya jangan berlagak diva. Ada rezeki lebih belanja kru makan. Itu cara juga untuk disenangi ramai,” katanya.
Dilantik sebagai duta produk diusahakan adik beradik, Wawa dan Awien itu, Fasha mengakui memuji usaha mereka yang mahu membantu golongan wanita khususnya termasuk suri rumah dan ibu tunggal.
Ads
“Saya dan adik beradik sebelum ini hidup susah melihat pergelutan mama membesarkan kami sendirian tanpa ayah di sisi. Mama terpaksa kerja siang dan malam untuk menyara kami hingga jadi orang berguna.
“Saat teringat kenangan lalu, saya terpanggil membantu mereka (Wawa dan Awien). Mereka pun tak boleh bayar tinggi sebab nak tolong agen bergelut di era pandemik. Saya okey kerana faham niat mereka yang nak bantu.
“Jadi awalnya saya tak letakkan harga kebiasaan kerana niat nak tolong. Cuma saya minta mereka jangan dedahkan harga dipersetujui. Segala galanya dipermudahkan hingga mereka melantik saya jadi duta.
“Pada akhirnya kalau sebut perihal ibu tunggal, saya teringat perjuangan mama. Saya pun pernah jadi ibu tunggal, tapi perjalanan dan liku hidup kami berbeza. Mama jadi inspirasi. Kalau ada duit lebih, kongsi dengan orang susah dan ia sangat berkat,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Membawakan watak hitam sebagai ibu tiri menerusi muzik video (MV) single terbaharunya berjudul Sumpahan Salju, penyanyi Ara Johari tidak menolak sekiranya diberikan tawaran berlakon selepas ini.
Menurut Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 25, dia tidak menyangka mampu membawakan karakter sedemikian ketika menjalani penggambaran MV berkenaan, beberapa bulan lalu.
Walaupun tidak melontarkan sebarang dialog dalam MV itu, namun keupayaan Ara memberikan ‘look’ ibu tiri yang jahat mendapat pujian daripada peminat.
“Sebenarnya saya tak suka bawak watak antagonis tapi bila dah cuba, best juga sebenarnya. Bila bawa watak orang jahat, dia macam terus masuk… memang smooth dan tak susah.
“InsyaAllah kalau diberikan tawaran, saya bersedia menerima dan ikut watak jugalah, tak nak yang terlalu susah sangat takut nanti memberi masalah kepada pihak produksi,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai Sumpahan Salju yang dikatakan ‘meniru’ lagu Asmaradana nyanyian Puan Sri Tiara Jacquelina, Ara berkata tidak terdapat persamaan di antara kedua lagu tersebut.
“Bila pertama kali saya dengar lagu Sumpahan Salju, tak terfikir pun macam lagu lain sebab saya rasa lagu ni something different.
“Kalau nak kata ada persamaan pun mungkin daripada segi instrumen dan beat-beat dia yang seakan-akan sama… nak cakap sama tu mungkin tidaklah,” katanya lagi.
Sumpahan Salju yang dicipta oleh Zimi dan Jerry mengambil adaptasi daripada kisah dongeng Snow White yang cukup terkenal di kalangan kanak-kanak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ara Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa mengakui dia dan suami, Datuk Ahmad Asraf Azman belum memikirkan mengenai perancangan bulan madu dalam masa terdekat susulan tuntutan kerja yang perlu diselesaikan.
Malah Intan atau nama sebenarnya, Najuwa Abdul Wahid turut menjelaskan, suaminya yang juga ahli perniagaan tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan.
“Soal bulan madu belum lagi sebab selepas ini saya akan terus bekerja dan suami juga terikat dengan jadual kerja yang padat.
“Setakat ini bagi saya sama sahaja, tiada beza ketika belum berkahwin atau sebaliknya. Karier tetap karier dan Asraf pun tak pernah menghalang kerjaya saya… dia sangat supportive dan memahami,” katanya kepada MH.
Intan pada masa sama akui dia dan suami tidak merancang soal cahaya mata.
“Kami tidaklah merancang, kalau ada rezeki kami okay. Anytime kita pun sudah bersedia (untuk berkeluarga),” katanya lagi.
Terdahulu, Intan dan Datuk Ahmad Asraf selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri di dalam majlis raja sehari yang penuh eksklusif di One & Only Desaru Coast, Johor, pada Jumaat.
Dalam pada itu, bintang drama Jesnita ini berkongsi momen awal perkenalannya bersama suami yang dikenali menerusi rakan-rakan.
“Sebenarnya perkenalan kami tiada yang istimewa pun pertemuan pertama kita… kawan baik suami juga sebenarnya merupakan kawan saya juga.
“Ia lebih kepada ‘mutual friend’. Bila berjumpa bertegur sapa tetapi tak tahu pula sampai sangkut (terpikat),” seloroh Intan yang mendedahkan hubungan mereka mulai terjalin sejak setahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, rata-rata rakan selebriti serta peminat telah menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Alam telah mengikat tali pertunangan bersama gadis berusia 20 tahun itu pada Ogos lalu.
MH mengucapkan tahniah kepada Alam dan isteri.
Foto: Instagram Alisya Najwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...