Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie berkongsi mengenai kerja amal yang diusahakan suaminya, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah hampir dua tahun lalu.

Menurut Noorkhiriah,44, dia bersyukur atas sokongan ramai pihak terhadap ikhtiar yang dilakukan dan yakin atas rezeki Allah yang sentiasa ada untuk pasukannya terus membantu mereka yang memerlukan.

”Saya Bantu Dari Segi…,” – Noorkhiriah Cerita Usaha Suami & ‘Team’ Buat Pengurusan Jenazah Percuma ”Saya Bantu Dari Segi…,” – Noorkhiriah Cerita Usaha Suami & ‘Team’ Buat Pengurusan Jenazah Percuma

“Syukur alhamdulillah orang kita memang bermurah hati. Ada yang memberikan pujian dan sebagainya. Cuma saya ingin menjelaskan, saya tidak buat apa-apa pun. Yang lakukan semua ini ialah suami dan pasukannya.

“Saya hanya bantu dari segi perkongsian di Instagram. Memaklumkan bahawa usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan sasaran (muslim) dari awal hingga selesai pengurusan jenazah. Ia dilakukan kepada semua peringkat usia.

“Malah ada juga kes yang mana bahagian kaki dipotong akibat kencing manis juga insyaAllah kami cuba uruskan,” katanya ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta jus kesihatan keluaran Vieura Group Sdn Bhd, di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kini mempunyai empat buah van jenazah, bintang drama Nur ini menambah, pertubuhan tersebut memberikan perkhidmatan mengurus jenazah secara percuma sepenuhnya.

IKLAN

Mengharapkan moga terus istiqamah meneruskan usaha ini, Noorkhiriah tidak menafikan apa yang dilakukan cukup insafi diri.

“Urusan jenazah yang diterima tidak menentu, ada empat kes sehari, kadang tiada langsung. Sekadar berkongsi, suami pernah uruskan jenazah yang empat tahun tersimpan dalam peti mayat kerana dipercayai ketiadaan waris.

“Ada ketika bila dapat tahu ada yang meninggal pada usia muda, secara tak langsung, ia akan insafkan diri kita sendiri. Ada yang bertanya, kenapa buat usaha ini dan tak lakukan perkara lain. Jujurnya saya tiada jawapan.

“Awalnya suami hanya hantar (jenazah) ke tanah perkuburan sahaja. Kemudian ada juga kes dia sama-sama terlibat dalam proses mandi, kafan, solat dan hantar jenazah ke tanah kubur,” katanya yang mempunyai lima orang kuat yang menggerakkan pertubuhan itu.

IKLAN

Mengulas mengenai dirinya yang kini menjadi wajah wakilan produk pula, Noorkhiriah berkata, dia tidak sangka dalam usianya kini, dia masih mendapat kepercayaan menjadi duta produk.

”Saya Bantu Dari Segi…,” – Noorkhiriah Cerita Usaha Suami & ‘Team’ Buat Pengurusan Jenazah Percuma ”Saya Bantu Dari Segi…,” – Noorkhiriah Cerita Usaha Suami & ‘Team’ Buat Pengurusan Jenazah Percuma

“Rasa terharu kerana pada usia sekarang orang masih buka rezeki. Inilah rezeki saya sebenarnya. Mungkin rezeki ‘shooting’ tak rancak seperti dulu tapi ada saja perkara baik lain datang.

IKLAN

“Dalam ramai-ramai orang, saya yang terpilih dan ia amat mengujakan,” katanya yang mengikat kontrak selama setahun bermula 1 Februari tahun ini.

Antara rangkaian produk popular milik syarikat itu adalah jus Al-Wiqoyah dan G-Asfal yang membantu individu mengalami masalah komplikasi buah pinggang, darah tinggi, kencing manis selain mengembalikan tenaga kepada pengguna.

Dalam pada itu, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2010 ini senang untuk menjalani kehidupan dan menyerahkan soal rezeki kepada Allah SWT.

“Kalau Allah tak bagi pun mungkin ada sebab lain. Saya pun selalu minta kepada-Nya kalau benda ini baik, dekatkanlah dan kalau tak baik jauhkan dan ganti dengan yang baik,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI