“Walaupun pregnant, tak boleh comot2. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini. ? (My dress from @9months_maternity ? Thank you!,” tulisnya ringkas.
Ads
Lalu, perkongsian tersebut nyata membuatkan para pegikutnya terhibur menerusi ruangan komen yang ditinggalkan.
Ads
Terdahulu, Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha, 41, mendirikan rumah tangga pada 8 April tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia.
Foto: Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri mulai panik dan cemas apabila anak perempuannya, Qadejah El Zahra terlepas dari gengamannya.
Kisahnya bermula apabila Aliff, Qadejah dan beberapa orang pembantunya sedang bersiar-siar di perkarangan Stadium Shah Alam petang tadi.
“Siapa ada pengalaman yg sama hilang anak di pasar?? sila sharekan pengalaman anda di ruangan komen di bawah… .
“Kami penik dan cemas nya allah je tau…pagi ni gi pasar nak beli brg dapur tmpat mula2 saya berniaga di sini dan saya bawa semua anak2 dan 4org maid…
“Saya dan masa gi sy cess paling hppy sbb nak beli baju, dan mainan dan tiba2 kelibat cess hilang dr kami habislah smua sy bising.. masa tu kami rasa mcm nak gila tadi lagi berlari cari anak tunggal kesayangan kami.
Bagaimanapun, Qadejah ditemui dalam keadaan baik dan selamat dengan bantuan orang awam.
“Wife sy dan sy cari @qadejah_terlajaklaris hilang di pasar stadium shah alam..nasib baik x kena colek?? ada org awam jaga dia sambil dia mengelupur ketakutan,” tulis Aliff.
Mempunyai lebih 25 juta pengikut di Instagram, Laudya Cynthia Bella diakui sebagai antara wanita berhijab yang sering menjadi tumpuan baik di Indonesia dan di negara ini.
Lalu, wajahnya diabadikan sebagai penghias muka depan majalah Hijabista edisi terkini.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini serta inspirasi fesyennya menerusi temu bual yang dilakukan, isteri kepada personaliti Engku Emran ini turut bercerita mengenai kisah hijrahnya.
Bella memberitahu, dia mulai mengenai hijab pada 28 Januari 2015 lalu.
“Saya mula mengenakan tudung pada 28 Januari 2015. Saya memang sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan ketika itu terfikir mudahnya Allah beri rezeki untuk ke rumahNya.
“Dan setiap kali pulang dari mengerjakan umrah, stail rambut terbuka dan dipertontonkan pada umum. Jadi terasa begitu banyak share dosa kepada orang lain yang mengikuti stail saya,” katanya jujur.
Daripada situlah, wanita cantik ini sedikit demi sedikit terbuka hati untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Kenapa kalau sebelum ini saya hanya menuruti kata orang lain tetapi suruhan Allah yang wajib ini kita jauhi. Akhirnya saya nekad untuk berhijrah dan terus belajar mendalami agama Islam,” jelas Bella yang turut mendapat sokongan penuh keluarga dan teman rapat.
Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkongsian si cantik ini, jangan lupa untuk mendapatkan Hijabista keluargan terbaru yang kini telah pun berada di pasaran.
Teka-teki sudah terjawab! Akhirnya, usahawan Tya Arifin telah mendedahkan jantina kandungannya. Jawapannya ialah ‘It’s a Girl’.
Berita gembira itu dikongsikan Tya yang juga menantu kepada penyanyi tersohor negara DS Siti Nurhaliza di Instagramnya.
“Alhamdulillah. Video ini Tya buat dalam bulan December tahun lalu. Terimakasih Ya Allah atas rezekimu. It’s a Girl.
“Yang Tya harapkan adalah semoga baby dan Tya sehat wal’afiat, mohon doa dari semua, memandang beberapa minggu lagi Tya akan bersalin, semoga semuanya berjalan lancar. Terimakasih semua ,” tulisnya.