Selepas kecoh mengenai keputusan drastik pelakon Emma Maembong yang kini sudah mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung selepas lima tahun mengenakan hijab, status bapa kepada bintang berkenaan, Ismail Embong pula mencetuskan sensasi di kalangan netizen.
Meski tidak menyebut nama mana-mana individu, namun status yang dikongsikan menerusi Facebook kira-kira enam jam lalu itu pantas mendapat perhatian.
Menerusi status berkenaan Ismail mengingatkan golongan wanita agar menjauhi lelaki yang membuka aib.
“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga,” tulis pelukis terkenal itu lalu disambut dengan lebih ratusan komen.
Malah, perkongsian Ismail yang menggunakan akaun Maembong Ayoh itu setakat ini turut menerima lebih 200 perkongsian di aplikasi sosial berkenaan.
Sementara itu, Emma seperti yang dilaporkan turut menjelaskan keputusan yang dibuat adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Keputusan drastik yang dilakukannya itu telah mendapat reaksi pelbagai pihak.
Foto: Instagram Emma Maembong/ Facebook Ismail Embong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Takdelah ‘Baby Of’ Bergema Satu Klinik,” – Tasha Manshahar Tegaskan Wajib Daftar Kelahiran Anak
Tasha Manshahar memaklumkan, adalah menjadi satu kewajipan untuk ibu bapa mendaftarkan kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh 60 hari selepas kelahiran.
Jelasnya, ia untuk merekodkan simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia.
Tambah ibu kepada Muammar Rafiqi ini lagi, dia dapat menghela nafas lega apabila proses pendaftaran anaknya dipermudahkan dan dibantu suami, Raqib ketika sedang berpantang.
“Ingat lagi masa nak daftar nama Muammar dulu. I dalam pantang, Raqib je pergi daftar nama. I sediakan semua dokumen penting, masuk dlm satu file, explain satu-satu dekat Raqib sebelum dia pergi JPN. Kitorg mmg ada bincang beberapa nama dari i pregnant lagi. Tapi sebab susah nak decide, i hari-hari panggil Muammar as "anak mommy" so, I cakap dekat Raqib pilihlah nama yang dia rasa paling dekat di hati dia. Maka, termaktublah nama Muammar Rafiqi dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara Nak tahu maksud nama, tanya @raqibmajid .
“To parents-to-be, jangan lupa tau, WAJIB daftar kelahiran anak di JPN berdekatan regardless kewarganegaraan ibubapa dalam tempoh 60 hari selepas bersalin. Sijil kelahiran tu bertujuan untuk rekod simpanan mengenai setiap kelahiran di Malaysia. Tp i personally walaupun tempoh dia 60 hari, i tak suka tunggu sampai hujung2. Lepas dah daftar tu inshaAllah mmg lega hati korg, nak bawa anak pergi checkup ke apa ke, nama anak dah daftar. Takde lah "baby of" "baby of" bergema satu klinik.
“Mcm mommy dulu lah, lega rasa bila dedi bawa balik MyKid anak, sebab kalau tak, mommy nak daftar nama "Anak Mommy bin Fahrur Raqib". Nasib baik tau.
@jpn_official,” ulasnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang dan dikurniakan anak lelaki pada 21 Jun lalu.
Foto : Instagram Tasha Manshahar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Syurgalah Tempatmu Wahai Bidadari-Bidadariku,”- Dua Isteri Buat Kejutan Hari Lahir Ashraf Muslim
Pelakon, Ashraf Muslim meluahkan rasa terharu selepas menerima kejutan sambutan hari lahir daripada isteri-isterinya.
Menurut Asyraf, dia mendoakan semoga isteri-isterinya itu ditempatkan di syurga kerana sentiasa berada bersamanya dikala senang dan susah.
View this post on InstagramA post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
“Terima kasih isteri-isteriku kerana sentiasa bersamaku dalam waktu susah dan senang.
“InsyaAllah syurgalah tempatmu wahai bidadari-bidadariku. Love both of you mama and ibu.
“Menjadi sungguh surprisenya. Malu kejap tengah-tengah pantai tu. Anyway thank you so much!,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang pernah popular menerusi filem Aku Bukan Dara itu di akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji keakraban keluarga tersebut selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Ashraf.
Terdahulu, Ashraf kini dilihat sedang sibuk mempromosikan filem Ada Apa Dengan Dosa yang kini boleh disaksikan di pawagam seluruh negara.
View this post on InstagramA post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Sumber: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bagai Covid-19 Sudah Tiada, Bagai Tuhan Tiada Mata,” – Tular Video Anak Muda Sakan Menari Di Taman Tema Air, PU Amin Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sepotong video yang memaparkan gelagat para remaja yang dilihat sakan menari ketika berkunjung di sebuah pusat taman tema air.
Video berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak.
Antara yang turut memberikan respon terhadap video tersebut termasuklah pendakwah dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin.
Menurut PU Amin, kelakuan para pengunjung di pusat tersebut seolah-olah tidak mengendahkan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Malah, mereka juga dilihat seperti tidak mempunyai rasa malu kepada Allah SWT diatas perbuatan mereka itu.
“Mantap anak muda. Berjoget-joget bersuka ria. Bagai Covid-19 itu sudah tiada. Itu yang pertama. Yang kedua, Bagaikan tuhan itu tiada mata.
“Bagaikan seksa dan azab neraka itu tidak wujud selamanya. Syabas anak muda. Orang melayu Islam kita.
“Esok kalau berlaku lagi masalah-masalah yang tuhan turunkan pada kita, itu sebab kita punya dosa la tu. Seronok berjoget-joget,” katanya.
Rasa kesal tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program, Trek Asatizah itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, PU Amin turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Pihak berkuasa tolonglah ambil tindakan segera. SOP pun tak patuh. Kau berjoget pula macam tu dalam air. Mazhab mana ni korang ikut ni.
“Takkan tak sekolah dekat setengah tahun, perangai teruk berubah macam tu. Apa ceritanya,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh PU Amin selain turut berharap agar teguran tesebut dapat menyedarkan hati banyak pihak.
“Moga Allah lindungi kita semua.
“Sedihnya, semoga Allah pelihara anak dan seluruh keturunan kita dari segala keburukan.
“Allahuakbar, tak ambil ikhtibar dari apa yang telah Allah turunkan. Ujian yang haris kita lalui,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video berkenaan telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Sumber: Instagram PU Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI