Pemilik syarikat produksi Zeel Production, Fadzil Teh mempunyai pandangan sendiri berkenaan isu pelakon yang didakwa sebagai ‘kayu’ oleh sesetengah pihak.

Bagi beliau yang sinonim disapa sebagai Haji Zil, semua pelakon perlu diberi peluang untuk memperbaiki tahap lakonan mereka meski pernah digelar ‘pelakon kayu’.

Fadzil menambah, penerbit seharusnya memberi peluang kepada pelakon untuk berkembang.

“Pelakon berbakat atau pun tidak, kita wajar beri peluang kepada mereka untuk dia berkembang. Pernah digelar ‘pelakon kayu’ bukan bermakna dia tidak boleh memperbaiki mutu lakonan.

“Contohnya macam Ruhainies pada awal pembabitan dalam industri memang tidak memberangsangkan tetapi dia ada ‘effort’. Daripada tak pandai berlakon dan sekarang kita dah nampak mutu lakonannya.

IKLAN

“Dia juga sangat pandai bawa diri bergaul dengan pelakon-pelakon senior, minta tunjuk ajar. Saya respect pelakon macam dia,” katanya.

Sementara itu, Fadzil turut mengulas mengenai isu ada stesen TV yang didakwa meletakkan mengenai jumlah pengikut tertentu di media sosial.

Pihaknya juga tidak terkecuali daripada dihentam beberapa pelakon, berhubung isu terbabit.

IKLAN

Katanya penerbit terpaksa akur dengan kehendak stesen TV memandangkan mereka mengeluarkan kos.

“Kami masih dihentam! Pihak kami menghasilkan drama untuk stesen TV dan platform penstriman. Itu memang menjadi syarat yang diletakkan oleh mereka. Contoh mudah, kalau nak berkahwin ada syarat-syaratnya dan sama juga seperti urusan ini.

IKLAN

“Pihak stesen TV meletakkan syarat untuk mengambil pelakon dengan jumlah pengikut melebihi sejuta di media sosial. Kami sebagai penerbit perlu akur kerana mereka (stesen TV) yang keluarkan duit,” katanya.

Perkongsian tersebut dibuat pada sesi IG Live ‘How To Make A Drama Go Viral’ anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan Kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), pada malam Isnin.

Sesi tersebut yang diadakan menerusi laman sosial Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI