Barbados merupakan sebuah negara yang merdeka pada tahun 1966 menyaksikan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Namun begitu, pada 30 November 2021, satu transisi telah berlaku yang mana negara kepulauan itu telah secara rasminya menjadi sebuah negara republik dan menyingkirkan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara.

Seiring dengan perubahan ini, Gabenor General ke-8 Barbados, Dame Sandra Mason telah mengangkat sumpah sebagai presiden negara tersebut yang pertama setelah memperoleh undian majoriti menerusi sidang parlimen.

Rihanna Diangkat Sebagai Wira Negara Kelahirannya, Barbados
Sumber foto: Instagram Rihanna

Selain kehadiran Putera Charles yang mewakili bondanya, menarik tentang majlis yang diadakan untuk transisi Barbados dari sebuah negara raja berperlembagaan kepada republik adalah kehadiran bintang terkenal, Rihanna.

Untuk pengetahuan pembaca pemilik nama penuh Robyn Rihanna Fenty ini merupakan anak jati Barbados yang berasal dari daerah Saint Michael. Walaupun sudah mendunia, Rihanna sangat dikenali sebagai seorang selebriti yang bangga dengan asal usulnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BBC News (@bbcnews)

IKLAN

Dalam majlis bersejarah itu, pelantun lagu Unfaithful ini telah diangkat sebagai ‘national hero’ atau wira negara ke-11 Barbados yang membawa gelaran The Right Excellent.

Sebelum ini pada tahun 2018, dia sudahpun diangkat sebagai duta negaranya yang berperanan mempromosikan pelancongan, pendidikan dan pelaburan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Visit Barbados (@visitbarbados)

IKLAN

Perdana Menteri negara itu, Mia Mottley berkata, “Bagi pihak negara yang bersyukur, tetapi rakyat yang lebih bangga, kami mempersembahkan kepada anda calon wira negara Barbados, Duta Besar Robyn Rihanna Fenty. Semoga kamu terus bersinar seperti berlian dan membawa kehormatan kepada bangsamu dengan tingkah lakumu, dengan perbuatanmu dan dikenali ke manapun kamu pergi.”

Seiring dengan penganugerahan ini Rihanna menjadi wanita kedua dalam sejarah negaranya menerima gelaran tersebut dan kini antara dua penerima yang masih hidup membawa gelaran itu selain dari Sir Garfield St Auburn yang kini sudah pun berusia 85 tahun.

+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI