Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi mengakui dirinya berbesar hati selepas diberikan kepercayaan untuk membawa watak sebagai pelakon utama buat pertama kali menerusi filem Prebet Sapu.

Bagaimanapun, Amerul memberitahu, filem ini sememangnya agak mencabar buat dirinya memandangkan filem ini banyak mengetengah mengenai realiti kepayahan yang dilalui oleh masyarakat ketika ini.

“Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak Utama

“Perasaannya memang agak mendebarkan sebab ini kali pertama saya diberikan kepercayaan untuk membawa watak utama bagi karya filem.

“Sebelum ini, saya ada juga memainkan watak utama tetapi hanya di drama atau pun di pementasan teater.

“Filem ini agak memberi cabaran kepada saya kerana kami perlu berlakon seperti tidak berlakon. Ini adalah senario realiti yang dihadapi rakyat ketika ini. Watak ini harus dimainkan secara natural.

“Sebab itu kami diberikan kelas lakonan selama sebulan supaya kami bersedia untuk masuk ke set pengambaran,” katanya kepada MH.

IKLAN

Amerul berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem, Prebet Sapu yang diadakan di TGV, One Utama pada Rabu.

“Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak Utama “Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak Utama

Ketika ditanya adakah para penonton di negara ini sudah bersedia untuk disajikan denga karya-karya yang dipenuhi elemen-elemen sinikal mengenai realiti masyarakat masa kini, Amerul menyifatkan minda penonton masa kini sudah semakin terbuka.

“Saya rasa para penonton dah bersedia untuk mengamati karya-karya seperti ini. Sebab seperti kita tahu, makin hari anak muda di negara kita hidup dalam tekanan.

“Saya rasa orang berumur pun merasai hal yang sama disebab situasi politik, ekonomi mahupun masalah global seperi pandemik Covid-19. Saya rasa filem ini harus ditonton untuk sama-sama kita menilai kehidupan kita hari ini.

IKLAN

“Adakah kita nak biarkan permasalahan ini terus terjadi atau nak ubah bersama-sama ke arah kebaikkan,” ujarnya lagi.

“Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak Utama “Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak Utama

Dalam pada itu, Amerul turut menzahirkan rasa teruja selepas mengetahui filem ini telah dicalonkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional untuk dibawa ke peringkat Oscar.

“Sebenarnya kami merancang untuk menayangkan filem di festival-festival filem di negara luar dahulu. Kami bermula di Jogja kemudian automatik di pilih ke festival-festival filem di negara lain.

IKLAN

“Malah saya juga terkejut bila FINAS ingin mengangkat filem ini untuk dibawa ke peringkat Oscar. Sebab kita tahu Oscar merupakan sasaran utama FINAS bagi setiap tahun.

“Saya juga tertanya-tanya sampai ke hari ini, kenapa FINAS memilih filem ini berbanding filem-filem yang mempunyai modal yang lebih besar. Kenapa filem bajet rendah ini dipilih?

“Adakah kerana jalan ceritanya atau perkara-perkara lain. Apapun saya tetap bersyukur,” kongsinya lagi.

Sekadar informasi, Prebet Sapu atau tajuk inggeris Hail,Driver! telah ditayangkan di beberapa filem festival seperti 15th Jogja-Netpac Asian Film Festival Indonesia , Far East Film Festival Udine Italy 2021, Asian Film Festival 2021 Barcelona dan banyak lagi.

Filem Prebet Sapu ini boleh disaksikan di pawagam seluruh negara bermula 16 September ini.

“Kena Berlakon Seperti Tak Berlakon Sebab…,” – Prebet Sapu Wakili Negara Ke Oscar, Amerul Affendi Teruja Pertama Kali Bawa Watak UtamaUntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI