Tindakan penyanyi Indonesia, Upiak Isil, 35, yang didakwa membuka hijab mendapat reaksi pelbagai di kalangan netizen.

Ada yang mengecam seterusnya mempersoalkan keputusan bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu yang kerap memuat naik foto dirinya mengenakan hijab di media sosial sebelum ini.

Akui khilaf, Upiak memohon maaf andai tindakan tersebut mengguris hati mana-mana pihak.

Baginya, dia mempunyai alasan tersendiri namun tetap mendoakan yang terbaik.

Upiak Isil Perjelas Isu Buka Tudung, Kini ‘Free Hair’ – “Saya Salah, Kenapa Berhijab Lalu Dibuka, Kalau Belum Siap Kenapa Pakai?” Upiak Isil Perjelas Isu Buka Tudung, Kini ‘Free Hair’ – “Saya Salah, Kenapa Berhijab Lalu Dibuka, Kalau Belum Siap Kenapa Pakai?”

“Pertama sekali saya ingin mohon maaf kerana ini pendapat saya dan bukannya mengenai orang lain.

IKLAN

“Saya merasakan bila diri ini sebagai pelawak dan sekiranya saya buat ‘macam-macam ni’ (terkinja-kinja) tapi bertudung, rasanya ia merendahkan tudung itu sendiri. Ini pandangan dan perasaan saya.

“Misal kata saya berguling-guling di tepi jalan untuk kelakar dan buat penonton ketawa… rasanya kita merendahkan tudung kita. Betul tak? Jadi saya ‘simpan’ tudung.

“Malah bagi saya, bila mengenakan baju yang sebegini (pakaian melekap pada tubuh hingga menampakkan figura bentuk badan), sebaiknya biarlah ditutup sebetulnya (menutup aurat dengan sempurna),” katanya.

IKLAN

Ditanya mengenai kecaman yang diterima netizen di media sosial khasnya, penyanyi lagu Tak Tun Tuang ini tidak menafikan perkara berkenaan.

Upiak Isil Perjelas Isu Buka Tudung, Kini ‘Free Hair’ – “Saya Salah, Kenapa Berhijab Lalu Dibuka, Kalau Belum Siap Kenapa Pakai?” Upiak Isil Perjelas Isu Buka Tudung, Kini ‘Free Hair’ – “Saya Salah, Kenapa Berhijab Lalu Dibuka, Kalau Belum Siap Kenapa Pakai?”

“Ada yang mengkritik, tapi biarlah. Hanya Dia yang boleh menilai hambaNya. Saya tidak akan jelaskan dengan lebih terperinci (sensitif).

IKLAN

“Saya salah… kenapa berhijab lalu dibuka lagi. Kalau belum siap (istiqamah) kenapa pakai. Jadi itulah kalau netizen rasa marah, saja hanya senyap sajalah. Ya kita buat salah,” katanya.

Upiak bagaimanapun tetap berdoa agar diberikan hidayah untuk kembali berhijab seterusnya menjadi insan yang lebih baik.

Dia pada masa sama turut menafikan memakai hijab sebelum ini kerana mahu berkahwin lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Azrul Rafie, Instagram Upiak Isil

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI