Maestro muzik selaku juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS berpendapat kurangnya kerja sepasukan menjadi antara punca Nico diumumkan sebagai peserta pertama GV8 yang tersingkir.

Dalam minggu ketiga saingan malam tadi, Nico yang dianggotai oleh Nico, Affa dan Dino meraih markah terendah iaitu 50.10 peratus.

“Sebulat suara keempat-empat juri memberikan markah yang rendah. Bermula daripada minggu pertama kita melihat, hanya seorang sahaja yang ‘bekerja’. Yang lagi dua, kurang ‘bekerja’.

“Ditambah pula dengan ‘error’. Malah kalau kita tengok, mereka sering dapat markah yang rendah. Mereka sebuah grup, jadi ketiga-tiganya harus ada harmoni, ada kerja sepasukan,” katanya.

Ramli MS Ulas Penyingkiran Nico Di GV8 – “Sebulat Suara Keempat-Empat Juri Memberikan Markah Rendah.” Ramli MS Ulas Penyingkiran Nico Di GV8 – “Sebulat Suara Keempat-Empat Juri Memberikan Markah Rendah.”

IKLAN

Konsert yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menyaksikan Nikki Palikat meraih markah tertinggi iaitu 84.80 peratus.

Aliff Aziz yang mempersembahkan lagu Kasihnya Laila di tempat kedua dengan 83.90 peratus disusuli Adibah Noor, 81.30 peratus.

IKLAN

Selain Ramli, kesemua bintang GV8 minggu ini diadili oleh Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk AC Mizal sebagai juri jemputan.

GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos dan kali ini, Anugerah Digi Next Level dimenangi Aweera manakala pemenang Bintang Cuckoo Healty Home berpihak kepada Sa.Ya.

IKLAN

Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.

Terdahulu, edisi ketujuh penganjurannya juga telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI