Pelakon, Tiz Zaqyah ada berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Terukir senyuman kegembiraan di wajah Tiz apabila kelihatan sangat seronok melakukan pelbagai aktiviti termasuk isi masa dengan anak gajah di tepi pantai.
Difahamkan bintang drama bersiri Setelah Aku Dimiliki itu sedang bercuti di Krabi, Thailand.
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana sehari lalu ada berkongsi rakaman ultrasound yang memperlihatkan bayinya yang dikandung kini sudah pun mencecah usia empat bulan.
Malah pendedahannya itu turut meninggalkan rasa teruja di kalangan rakan artis dan peminat, sementelah Ardell sendiri teruja dengan rezeki zuriat yang dikandung selain berdoa agar anak dan ibu sama-sama kuat.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi entri berkenaan menerusi Instagram.
“Assalamualaikum semua, #Alhamdulillah active sihat. 1 hari lagi 4 bulan usianya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil?
”Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit? Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi.
”Maafkan umi tak sedar kehadiran awak, tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah.
”Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampaikan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujiannya.
“Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka,” tulisnya panjang lebar.
Berkongsi pengalaman melalui kawasan sempadan Israel untuk memasuki Palestin, jelas Fedtri Yahya bukan mudah mendapat pelepasan meski visa sudah berada di dalam tangan.
Maklumnya di ruang komen, disebabkan Palestin tiada lapangan terbang atau jabatan Imigresen dan dikawal sepenuhnya Israel, setiap pengunjung wajib melepasi sempadan Israel terlebih dahulu.
Lalu, Fedtri ada berkongsi foto beberapa keping duit mata wang Shekel, merupakan duit ‘Yahudi’ hasil sumbangan aktiviti masjid di Palestin.
“Kepada yang tak biasa tengok. Ini mata wang yang digunakan di Israel & Palestin. 1 Shekel = RM1.20. Selalu orang sebut ‘harga Yahudi’ kan?
“Hah, bila masuk negara haram ni, maka dapatlah merasa maksud frasa tu. Memang yahudi betul harganya.
“Duit ni sumbangan rakan-rakan untuk aktiviti masjid di Palestin ( sukarelawan masak dan agihkan kepada jemaah yang memerlukan). Dilakukan hampir setiap hari,” tulisnya.
Tambahnya lagi, setiap yang beragama Islam haruslah saling membantu, bukannya hanya mengkritik bantuan yang diberikan.
“Memang pelik bila ada orang Islam yang tak suka Palestin. “Biarlah diorg, kita tak payah sibuk-sibuk”. Spesies ni ada di sekeliling + di alam maya. Palestin berlainan negara namun dalam konteks aqidah – kita satu negara.
“Kota Suci ketiga umat Islam ada di situ. Jadi ada peranan kita sebagai Muslim. Daripada memekak tak buat apa, baiklah membantu. Kalau tak mahu membantu, jangan halang orang lain untuk berbuat baik,” jelasnya lagi.
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyatakan rasa kesal dan sedih atas tindakan sesetegah pihak yang masih galak mengutuk serta mengkritik fizikal seseorang.
Terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap pengalaman yang pernah terjadi kepada rakan penyanyi, Siti Nordiana yang pernah diminta untuk membetulkan gigi, penyanyi Semakin ini juga turut berdepan hal lebih kurang sama, iaitu masih ada yang memberi reaksi tidak sedap didengar mengenai bentuk hidungnya.
Maklumnya di Instagram, kritikan tersebut sudah sering didengari sejak lebih 30 tahun lalu.
”Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan ..n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama iaitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.
”I dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun.
”Over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG… nak say tuka hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab,” tulisnya.
Isteri kepada Shuib Sepahtu ini juga turut bertanya apakah yang perlu dilakukan bagi memuaskan hati semua pihak.
“Allah bagi bagi saya hidung ni .. what should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!! FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ???
”Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org .. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni… korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg,” tulis Sarah panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat termasuk selebriti memberikan kata semangat buat ibu kepada tiga cahaya mata ini supaya terus kuat dan usah mendengar hal remeh yang boleh mendatangkan mudarat.
Foto: Instagram Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!