Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana sehari lalu ada berkongsi rakaman ultrasound yang memperlihatkan bayinya yang dikandung kini sudah pun mencecah usia empat bulan.

Malah pendedahannya itu turut meninggalkan rasa teruja di kalangan rakan artis dan peminat, sementelah Ardell sendiri teruja dengan rezeki zuriat yang dikandung selain berdoa agar anak dan ibu sama-sama kuat.

Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi entri berkenaan menerusi Instagram.

“Assalamualaikum semua, #Alhamdulillah active sihat. 1 hari lagi 4 bulan usianya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil?

IKLAN

”Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit? Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi.

”Maafkan umi tak sedar kehadiran awak, tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah.

”Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampaikan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujiannya.

IKLAN

“Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN

Terdahulu, Ardell dan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.

Video berkenaan sehingga kini sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI