Rapper dan usahawan, Caprice meluahkan rasa syukur kerana sudah pun selesai mengerjakan ibadah umrah.
Malah, Caprice turut berkongsi beberapa momen bermaknanya saat berada di tanah suci.
“Alhamdulillah just completed umrah. One thing this trip has taught me is to jaga solat no matter what.
“Jujur, caprice jarang sampai masjid awal kalau dekat KL. Kat sini… kita yang kejar azan siap sampai awal just to make alot doas and reflect on life. Maafkan kami.
“Goodbye Makkah for now.. im otw to visit our Rasullulah in Medina,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
Perkongsian tersebut nyata menerima reaksi yang pelbagai di kalangan para pengikutnya.
Menerusi posting sama, Caprice memaklumkan dirinya akan meninggalkan Mekah dan akan mengunjungi makam Rasulullah SAW di Madinah.
Pelakon Shakilla Khoriri berasa bebas apabila dapat keluar rumah tanpa suami dan anak.
“AKU bila dapat keluar rumah. Bebas ! Wey bebas bukan lah kata kau pi mabok ke berfoya2 ke apa tapi BEBAS lah kejap dari sangkar tempat kau kumpul pahala.
“Ingat tak penat ke duk rumah uruskan keluarga walaupun tak PERFECT ! Kemas rumah. Masak makanan kau laki kau anak kau ! PENAT doh,” tulisnya.
Bagaimanapun, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu akui tidak mempunyai pembantu rumah bagi menguruskan keluarganya, sebaliknya dengan keringat dan tenaga dari dirinya sendiri.
“Well aku bukan mengeluh. Aku cuma cakap benda betul. Anddddd aku takde bibik atau helper atau siapa2 bantu. Kerja rumah pun banyak bertimbun macam tak habis nak kemas. Tapi sekarang alhamdulillah Ameena dah besar sikit. Dah pandai nak main sendiri walaupun hilang aku dari pandangam dia mula dia buat resah gelisah..APOOO !
“Yes thank God Fizi ada jugak membantu walaupun dia ni sejenis tak boleh penat. Takpa..Lega sikit aku. At least dia tak hamprak lepas makan tak basuh pinggan sendiri 🤣😂 Choii laki gituh !
“So bila masa aku ada aktiviti kat luar atau kerja masa tu lah sayap maleficent aku nak kembang… ok lah takde lah kau mental dok terperap kat rumah. Kang hospital sakit mental pulak cite aku,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Shakilla kini sedang sibuk melakukan aktiviti di gim bagi mendapatkan bentuk badan ideal selepas melahirkan permata sulung pada Mac lalu.
Terdahulu, Shakilla dan Fizi diijabkabulkan pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.