Meski punya komitmen dengan kerja di luar kawasan, pelakon Datuk Fizz Fairuz masih sempat meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan membancuh susu botol buat mereka.
Sekali gus, ia menjadikan isterinya, Datin Almy Nadia berasa senang hati apabila si bapa tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya.
“Kasih sayang seorang papa .. wlpn nak g work,hangkut semua ikut harini sbbnya dah berapa hari tak jumpa anak2 bini,mana taknya,papa keluar pagi g keja anak2 tak bgn tdoq lagi,balik anak2 dah lena.
“Jdi harini ada kesempatan wlpn sekejap hangkut semua.. wlpn mama tgh pening2 lalat.. layankan la anak beranak ni,” tulis Almy.
Terdahulu, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, Nur Afrina Ayra,1, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.
Foto : Instagram Almy Nadia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara foto percutiannya bersama suami di Phuket menerima ratusan ucapan tahniah atas bayangan mereka bakal menerima cahaya mata ketiga, penyampai radio Feeya Iskandar menegaskan dia dan suami hanya ingin meluangkan masa bersama dan bukan untuk ‘membuat anak’.
Malah ibu kepada dua anak ini turut memohon agar netizen tidak lagi memberi ucapan tahniah di ruang komen.
“#kamixbuatanak
#kamipergibercutijer. Stoplah dok ucap2 tahniah bagailah komen baby otw lah..ergh,” tulisnya.
Usahawan dan penyanyi Safiey Illias berazam agar tahun 2020 merupakan tahun yang sukses buat dirinya; baik dari segi perniagaan, keluarga dan diri sendiri.
Tidak mahu berasa rendah diri dengan kecaman dan tomahan netizen, usahawan itu mahu menanam satu prinsip dalam hidupnya agar lebih maju ke hadapan.
“Ramai yg inginkan diri ini jatuh , down dan teruk . Hiraukan segala kata manusia dan bangkit dengan 1001 semangat luar biasa . 2020 adalah tahun untuk terus maju dan bangkit dan hiraukan segala kata2 manusia . Hanya diri ini yg kenal diri sendiri . Saat kita sedih , tak semua orang faham . Bismillah .
“Buka lembaran baru ! Kurangkan rakan x berfaedah . Sedikit selfish namun terus berbisnes untuk membantu org yang memerlukan . Hargailah diri sendiri . Pokok pangkal diri sendiri yang harus kuat semangat dan sayang pada diri sendiri . Walau ramai membenci , letakkan diri sendiri dengan prinsip yg utuh .
“Empayar yang hampir jatuh , namun bangkit membina empayar baru yg lebih padu !
“HIDUP INI BUKAN TENTANG DIRI SENDIRI TETAPI TENTANG ORANG ORG LAIN,” tulisnya.
Dalam pada itu, Safiey turut terbuka menerima terguran orang ramai sekiranya sikapnya keterlaluan dalam mempromosikan produk.
Malah, memohon doa agar tiada lagi kontroversi yang melanda dirinya.
“Doakan saya ! Tiada lagi video2 badut , tiada lagi video2 kontroversi . Cuma menonjolkan nilai2 baik kepada masyarakat . Tegur saya jika saya keterlaluan,” akhirinya.
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyatakan rasa kesal dan sedih atas tindakan sesetegah pihak yang masih galak mengutuk serta mengkritik fizikal seseorang.
Terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap pengalaman yang pernah terjadi kepada rakan penyanyi, Siti Nordiana yang pernah diminta untuk membetulkan gigi, penyanyi Semakin ini juga turut berdepan hal lebih kurang sama, iaitu masih ada yang memberi reaksi tidak sedap didengar mengenai bentuk hidungnya.
Maklumnya di Instagram, kritikan tersebut sudah sering didengari sejak lebih 30 tahun lalu.
”Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan ..n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama iaitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.
”I dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun.
”Over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG… nak say tuka hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab,” tulisnya.
Isteri kepada Shuib Sepahtu ini juga turut bertanya apakah yang perlu dilakukan bagi memuaskan hati semua pihak.
“Allah bagi bagi saya hidung ni .. what should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!! FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ???
”Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org .. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni… korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg,” tulis Sarah panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat termasuk selebriti memberikan kata semangat buat ibu kepada tiga cahaya mata ini supaya terus kuat dan usah mendengar hal remeh yang boleh mendatangkan mudarat.
Foto: Instagram Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.