Sebelum ini, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) mulai dikenali selepas secara optimis menjadi sebahagian daripada barisan hadapan dalam mengekang penularan Covid-19 di negara ini.
Malah, servis yang diberikan terhadap golongan selebriti juga membantu jenama ini terus dikenali sekaligus mencipta sukses sehingga ke hari ini.
Selain Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ahli Lembaga Pengarah KMZ, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak, isterinya, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran & Pengkomersilan jenama itu juga dilihat antara ‘agen’ memperkenalkan jenama tersebut.
Terbaharu, KMZ dan Selcare Nursing bersepakat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 10 Mac lalu dan kempen Dr Mama@Zahran turut dirasmikan.
“Kolaborasi yang pertama ini menjadi advokasi perkhidmatan berpantang dengan pemantauan doktor kepada semua ibu dan anak di Malaysia.
“Antaranya adalah pakej postnatal bersama dengan doktor yang berpengalaman untuk memantau golongan ibu yang berpantang sama ada di rumah, atau pakej postnatal premium di Hotel Westin, Kuala Lumpur.
“Ibu berpantang bukan sahaja akan dijaga secara tradisional, malah akan dilihat dan dirapi dari segi perubatan terkini dan juga alternatif,” kata Mohd Nafidz.
Ads
Kolaborasi antara KMZ dan Selcare Nursing ini bakal memberi manfaat kepada 160,000 pasangan mengandung di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.
“Melalui Kempen Dr Mama @ Zahran, pusat rujukan “One Stop Center” ini disasarkan kepada pasangan ibu dan anak. Sekali gus menyaksikan di mana pasangan mampu mendapatkan khidmat nasihat daripada perancangan kehamilan, pemeriksaan semasa hamil, penjagaan selepas bersalin.
“Tak ketinggalan khatan bayi lelaki dan perempuan, vaksinasi anak dan pemeriksaan kesihatan ibu serta bayi,” katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, pelbagai pakej menarik turut ditawarkan daripada KMZ dan juga rakan-rakan kolaborasi akan bersama memberi penyelesaian lengkap yang diperlukan ibu dan anak.
Antara rakan kolaborasi lain dimaksudkan ialah Aqiqah Centre, Sonobee Ultrasound Sdn Bhd, Joie Malaysia, Beaumama dan Butik Tateh.
Datuk Mohd Nafidz turut berkongsi perancangan dan hala tuju KMZpada tahun ini melalui “Zahran On Call”.
Ads
“Perkhidmatan kesihatan ini boleh didapati secara atas talian khas buat pelanggan KMZ tanpa perlu menunggu lama di kaunter.
“Ia lebih menjimatkan masa dan pengurangan jejak karbon dapat dicapai melalui inisiatif baru diperkenalkan ini. Tak ketinggalan berpaksikan
‘Yang Pertama Di Mana-Mana’, KMZ yakin dan komited pada tahun ini untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
“Ia termasukmembuka lebih banyak peluang berkolaborasi dan peluang kerjaya dengan pelbagai sektor bagi merancakkan pasaran dan ekonomi Malaysia 2023,” katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Selgate Healthcare, Dr Nurul Muaz Omar, serta pihak pengurusan dan wakil-wakil syarikat rakan kolaborasi lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau nak pikat suami, pikatlah perutnya dahulu. Itu antara kata-kata orang lama yang sering diberikan buat kebanyakan mereka yang baru sahaja berkahwin.
Situasi tersebut bagai kena dengan pengantin baru, pelakon Nadiyah Shahab yang baru sahaja dua minggu bergelar isteri.
Khabarnya, dia kini memang rajin ke dapur dan memasak untuk suami tercinta, pelakon Ben Ali.
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Nadiyah, pastinya akan menyaksikan rutin harian Nadiyah yang sering memasak dan berkongsi video resepinya itu di Instagram Storiesnya.
Menggunakan #naddynibbles, pelakon berdarah kacukan itu juga gemar memasak western food (makanan barat) dan hidangan pencuci mulut seperti pastry, roti dan kek.
Untuk rekod, pasangan ini telah selamat mengadakan majlis persandingan yang cukup meriah pada 18 November lalu di Damansara Perdana.
Difahamkan, mereka merancang mahu berbulan madu di Itali dan Eropah. Bagaimanapun, mereka terlebih dahulu bercadang untuk menunaikan umrah pada bulan Disember ini.
Video : Instagram Stories Nadiyah Shahab
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain penyanyi yang bertanding, barisan artis jemputan yang memeriahkan Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) turut mendapat perhatian penonton.
Diundang menjayakan persembahan pembukaan, penyanyi Wany Hasrita kelihatan menawan dalam persalinan rekaan Seth & Luna ketika menyanyikan lagu 7 Nasihat pada majlis berprestij itu.
Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat penampilan Wany pada malam itu kelihatan seperti sedang berbadan dua, malah ada dalam kalangan penonton mendakwa ternampak ‘baby bump’ di perut penyanyi berusia 31 tahun itu walaupun dia memakai pakaian yang cukup longgar dan sopan.
“Cantik outfit Wany malam tadi,” komen sebahagian netizen.
Untuk info, Wany mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 31, pada 22 Julai tahun lalu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Selangor.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menitipkan ucapan buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Menerusi Insta Stories, Nora turut meminta agar Bella banyakkan rehat dan terus kuat dalam menempuhi ujian.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. We are so proud of you adik, you are beautiful inside and out.
“Take it easy on yourself okay, have a good rest and stay strong my love. We got you,” tulisnya ringkas.
Menerusi hantaran sama, Nora turut berkongsi video temu bual Bella bersama pihak media di perkarangan mahkamah.
Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.
Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.
“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.
“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.
“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...