Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menggesa semua pihak untuk berhenti mengaitkan dirinya dan anak-anak dengan sebuah lagu yang dikhabarkan bakal dilancarkan dalam masa terdekad.

Meskipun tidak menyebutkan nama mana-mana pihak, namun, hantaran di Instagram Stories itu dikatakan berkait rapat dengan teaser lagu raya terbaharu yang dikongsikan oleh suaminya malam tadi.

Menurut Shahida, jangan disebabkan perbuatan individu lain, dia dan anak-anak turut sama menerima kesannya.

“Dah Nasihat, Dia Bukan Budak Nak Kena Pantau,” – Lagu Raya Baru Aliff Syukri, Shahida Gesa Netizen Henti Kaitkan Dirinya & Anak-Anak

“Tak perlu kot nak tag-tag saya dengan benda yang tiada kaitan dengan saya. Saya dan anak-anak tiada kaitan langsung ya dengan apa-apa juga lagu.

“Orang lain makan nangka, orang lain kena getah,” tulisnya.

IKLAN

Jelas ibu kepada lima orang cahaya mata ini lagi, dia sudah pun menjalankan tanggungjawabnya untuk memberikan nasihat namun, segalanya tetap berbalik kepada keputusan individu itu sendiri.

“Dah Nasihat, Dia Bukan Budak Nak Kena Pantau,” – Lagu Raya Baru Aliff Syukri, Shahida Gesa Netizen Henti Kaitkan Dirinya & Anak-Anak “Dah Nasihat, Dia Bukan Budak Nak Kena Pantau,” – Lagu Raya Baru Aliff Syukri, Shahida Gesa Netizen Henti Kaitkan Dirinya & Anak-Anak

“Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau. Dia dah besar dan boleh fikir baik dan buruk.

“Jangan ganggu ketenteraman saya dan anak-anak,” ujarnya lagi.

IKLAN

Semalam, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Aliff telah berkongsi sebuah video teaser bagi muzik video lagu raya terbaharunya.

Menerusi video berdurasi kurang seminit itu, Aliff bersama penari-penari latar dilihat sedang menjalani proses penggambaran.

Kesemua mereka menari sambil mengenakan baju serta seluar ‘tight’, bersongkok dan sampin songket.

IKLAN

Video tersebut nyata mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen.

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 600,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ribuan komen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Seri Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI