Meskipun sudah berpisah, hubungan baik yang ditunjukkan oleh pelakon, Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya, Noor Nabila sememangnya wajar dijadikan contoh.

Malah, umum mengetahui, hubungan baik tersebut dijaga demi kebaikkan anak mereka, Jebat Jayden yang kini baru berusia empat tahun.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Sharnaaz dan Nabila sekali lagi menarik perhatian ramai selepas mereka berdua muncul didalam sebuah video bagi mempromosikan sebuah produk makanan.

Lebih menarik apabila video berkenaan turut menampilkan telatah lucu dan comel Jebat Jayden.

“Kudos To Them For Being Great Parents,” – Mesra Buat Video, Hubungan Akrab Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sekali Lagi Dipuji “Kudos To Them For Being Great Parents,” – Mesra Buat Video, Hubungan Akrab Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sekali Lagi Dipuji

Riak wajah gembira juga jelas terpancar sewaktu mereka mengadakan aktiviti memasak bersama.

Video berkenaan kemudiannya tular dan mendapat reaksi ramai terutamanya netizen laman Twitter

IKLAN

Rata-rata netizen percaya hubungan akrab tersebut bukan hanya berlaku di hadapan kamera semata-mata.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar hubungan akrab akan berkekalan selama-lamanya.

“Diorang ni bukan depan kemera sahaja. Dalam kehidupan sebenar pun memang diorang baik.

“Kudos to them for being great parents despite being divorced.

“Co parenting done right. Mereka sangat selesa dengan satu sama lain.

IKLAN

“Saya hormat mereka berdua kerana mengutamakan anak walaupun sudah tidak lagi bersama.

“Dalam masa sama anak pun akan tahu perceraian bukan sebab untuk berbalah. Teruskan hidup dgn harmoni,” antara komen-komen netizen di Twitter.

Setakat ini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 800,000 jumlah tontonan.

Baru-baru ini, nama Sharnaaz menjadi perhatian ramai selepas dia dilihat hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar Nabila dan Jebat yang berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

IKLAN

Malah, pelakon filem Juvana ini turut menyambut mereka sewaktu pulang ke tanah air.

Sekadar informasi, Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Engku Emran pada 9 Mac 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI