Datin Alyah mengakui dirinya ada terhenti seketika lalu menangis daripada membuat rakaman panduan vokal untuk terbarunya yang berjudul Meluruh beberapa hari lalu.
Katanya kepada MH, ia adalah suatu yang normal dan menurut Alyah, itu bukanlah kali pertama dia memberikan reaksi spontan berkenaan.
“Setiap lagu yang saya nyanyi akan nangis. Sebab bila saya menyanyi, saya akan ‘letakkan’ diri dalam lagu yang dirakamkan.
“Setiap lagu saya cuba untuk hargai,” kongsi Alyah yang turut memberitahu, menerusi single Meluruh emosi yang diberikan sedikit berlainan kerana dua lirik pertama adalah nukilan hatinya sendiri.
“Tipulah kalau tak sedih sebab dua ayat pertama tu adalah lirik hasilan saya,” terangnya lagi.
Terdahulu, Alyah yang juga merupakan isteri kepada pengarah muzik terkena, Datuk Ramli Ms ditemui sejurus selesai siri jelajah Jimba Fest, di UiTM Shah Alam yang dibawa khas Warner Music dengan kerjasama DiGi.
Malah sebelum membuat persembahan, penyanyi yang kini popular dengan lagu Jutaan Purnama ini turut memberikan semangat buat para pelajar supaya teruskan usaha dan usah mudah putus asa.
Ditanya mengenai semangat dan dorongan yang disuarakan buat para penonton yang terdiri daripada remaja itu, bintang ini mempunyai alasannya sendiri.
Katanya, dia sering anggap diri sebagai seorang kakak yang perlu memberi motivasi dan semangat kepada mereka yang lebih muda darinya untuk melihat golongan ini mampu sukses di masa depan.
“Setiap lokasi yang kami pergi untuk buat persembahan, semangatnnya macam yang kalian lihat tadi. Jadi setiap kali saya membuat persembahan di hadapan para pelajar, saya selalu cakap macam tu. Sebab saya sejenis orang yang suka tengok orang berjaya.
“Jujurnya saya dah lalui banyak perkara yang sukar, misalnya tidak mampu untuk sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Bila saya tengok mereka, rasa bangga dan sebagai kakak, pastinya saya kena berikan semangat,” jelasnya.
Sementara itu, bercakap mengenai kekuatan yang lahir dalam dirinya selepas apa yang berlaku baru-baru ini, Alyah turut merakam kembali situasi sukar yang pernah dihadapinya sebelum ini, iaitu ketika dirinya bersaing di Anugerah Juara Lagu menerusi Sesal Separuh Nyawa.
“Atas macam-macam yang berlaku, saya tetap menyanyi. Orang cakap macam-macam sebab mereka tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Macam saya cakap, dalam setahun ada 12 bulan, tak kan tidak ada dalam satu hari pun yang buruk dalam hidup kita. Mustahil, kita manusia bukan robot atau pun machine ke kan?,” kongsi Alyah yang turut mengakui dia bukanlah individu yang akan lari daripada masalah.
Tambah Alyah walau sebesar mana pun masalah yang menimpa, dia tetap gagahi.
“Saya bukan jenis yang lari dari masalah. Walau sebesar manapun masalahnya, saya tetap di sini. Daripada dulu, apa pun kontroversi, saya masih di sini.
“Misalnya pada hari ini saya kena berikan yang terbaik, apa yang ada dalam diri saya untuk peminat,” akhiri Alyah yang mahu terus fokus terhadap kerjanya seninya pada masa depan.
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial apabila penyanyi tersebut memberi ‘komen pedas’ terhadap suaminya di Instagram lalu menimbulkan pelbagai spekulasi. Ikuti temu bual penuh bersamanya menerusi FB Live MH.
#MHLive "Saya manusia, bukan robot," – Eksklusif, jom dengarkan apa yang ingin diperkatakan Datin Alyah mengenai…
Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 22 November 2018
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon cilik Puteri Balqis mengakui dia belum nazak meski masih menjalani rawatan. Malah katanya seperti yang dipetik Harian Metro, dia bukan nazak dan lebih baik untuk mendengar cerita sebenar dari dirinya sendiri berbanding orang lain.
“Bukannya nazak. Sebaik-baiknya jangan dengar cakap orang tetapi tanya saya sendiri,” katanya seperti yang dilaporkan.
Sementara itu, apabila diminta mengulas mengenai tahap kesihatannya ketika ini, bintang berkenaan mengakui dia masih lagi mengalami batuk sehingga keluar darah.
“Mengenai kesihatan saya, masih lagi batuk dan keluar darah. Jadi, saya perlu buat rawatan dua minggu sekali termasuk rawatan accupressure sebulan sekali. Mummy juga nak bawa saya berubat kampung pula,” jelas Balqish.
Sebelum ini, gelagat sekumpulan individu menerusi sepotong video datang menziarahi dan memberi sumbangan terhadapnya kini tular sejak semalam kerana dikatakan tiada abad saat menziarahinya.
Turut kelihatan di dalam video tersebut keadaan Balqish yang sedang tidur.
Tidak mahu mengulas lanjut mengenai apakah penyakit yang dihadapi, Balqish lebih senang andai semuam mendoakan kesembuhan buat dirinya.
“Maaf, saya tak nak cakap lagi mengenainya. Apa yang penting doakan kesihatan saya,” katan Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Televisyen Asia 2014 ringkas.
Pada masa sama, Balqis turut memaklumkan akan kembali terlibat di set penggambaran sebuah filem tahun depan.
“Insya-Allah tahun depan saya akan mulakan penggambaran filem. Tolak tepi soal sakit dan apa saja cakap-cakap orang. Apa yang penting, sebagai anak saya boleh berfikir mengenai tanggungjawab yang mana anak bukan untuk menyusahkan mummy.
“Tetapi membantu dan membuatkannya gembira selagi bernyawa,” akhirinya.
Foto/Sumber : Instagram Puteri Balqish/Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Foto tersebut melihatkan keputusan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan menduduki lapan mata pelajaran.
Antara mata pelajaran yang diduduki Abam adalah; Bahasa Melayu (6C), Bahasa Inggeris (7D), Pendidikan Islam (4B), Sejarah (6C), Matematik (7D), Pengurusan Makanan (5C), Fizik(8E) dan Kimia (8E).
Lalu, netizen telah meninggalkan pendapat masing-masing dalam ruangan komen gambar tersebut.
Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan untuk menjadi seorang yang berguna kelak. Apa-apa pun, semoga berjaya buat pelajar yang bakal menduduki SPM bermula esok!
Foto : Instagram Abam Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.