Berjaya merealisasi impiannya yang melakukan Bee Man Challenge beberapa jam lalu, pelawak dan penyampai radio, Shuib ada memuat naik sepotong video di Instagram.

Kandungan video antara lain mengandungi ucapan terima kasih buat rakan artis dan peminat yang mendoakan, seterusnya memberi sokongan terhadap apa yang dilakukan suami kepada penyanyi Siti Sarah ini.

“Bengkak sebelah, bengkak sebelah telinga. Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan saya hari ini. Rakan-rakan artis, kawan-kawan di Facebook, Instagram.

“Tanpa doa anda saya tak mungkin boleh berjaya selesaikan dengan misi ni. Saya hanya overcame saya punya fobia dan rasa takut,” ujarnya sambil turut merakamkan penghargaan kepada semua terlibat, termasuk Malaysia Book of Records.

Pada masa sama, Shuib turut memberikan dedikasinya buat rakan artis, Pablo Amirul.

“345,000 ekor lebah. Tahniah Pablo, you made it. Walau pun dia dah nak pitam, tapi berjaya habiskan,” kata Shuib yang ketika itu turut ditemani Sarah.

IKLAN

[VIDEO] Selepas Kena Hurung Dengan 345,000 Ekor Lebah, Shuib Bengkak Pipi & Telinga. Sementara Pablo Amirul Pula…

Terdahulu, Shuib ada memaklumkan mengenai misi berkenaan menerusi media sosial minggu lalu hingga menimbulkan reaksi pelbagai netizen.

Malah, sesi berkenaan juga boleh ditonton secara live di platfrom sosial media mereka.

IKLAN

Sarah juga turut memberikan dedikasi buat Shuib menerusi Instagram beberapa jam lalu. Tulis Sarah dia bersyukur kerana semuanya sudah selesai dan sejarah telah pun tercipta.

“Alhamdulillah selesai sudah …. terciptalah lagi satu sejarah Malaysia… saya sangat bersyukur…ini lah dia beeman saya tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. i love u sayang,” tulis Sarah.

IKLAN

Foto: Instagram Shuib/ Sarah

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI