Pelakon Shakilla Khoriri kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas kelahiran bayi sulung, Ameena Sofia minggu lalu. 

Lantas, suaminya, Fizi Ali telah membuat kejutan dengan memberi hadiah buat isteri tercinta.

“Kita sebagi suami,kadang2 kena bg suprise kat isteri..walaupun tak seberapa,atleast ada kan..harap awak suka @shakillakhoriri,” tulisnya. 

IKLAN

Kisahnya, setelah empat lapisan bungkusan yang dibuka Shakilla, dia terkejut apabila Fizi menghadiahkan  sekotak telefon bimbit,iPhone. 

Bagaimanapun, sejurus sahaja Shakilla membuka kotak tersebut dengan wajah yang terharu,namun ia hanyalah kotak kosong yang mahu dikenakan suaminya itu. 

IKLAN

Kemudian, Shakilla membaling kotak tersebut ke arah Fizi sebagai tanda ‘geram’ dan tidak puas hati. 

IKLAN

Aduhai, kesian Shakilla dalam keadaan berpantang pun Fizi masih boleh gurau dengan isterinya. 

Pada pendapat korang,situasi ini sweet atau sebaliknya? 

Video : IG Fizi Ali 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI