Selepas bekas suami, Rashidi Ishak ada memuat naik mengenai status terkininya menerusi Instagram, pelakon Vanidah Imran akhirnya turut berkongsi rasa hati terhadap bahtera perkahwinan mereka yang kini sudah pun terlerai sejak tahun lalu.

Katanya seperti yang dipetik Astro Awani, dia tidak pernah berhasrat untuk menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan umum.

Sebaliknya, keputusan untuk tidak menghebahkan perceraian adalah kerana apa perkara itu terlalu peribadi.

Tambah Vanidah, tidak berlaku sebarang pertengkaran antara dia dan Rashidi yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.

IKLAN

Dalam masa sama, Vanidah berkata, dia sedar bahawa perceraian bukan  sesuatu yang disukai di dalam agama, namun memahami bahawa perpisahan juga dibolehkan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu.

“Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu.

“Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua,” katanya.

IKLAN

Selama tujuh bulan bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata Mikhail Aimran, 18 dan Maryam Rashika, 15, pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu turut memberitahu, dia sudah mula menerima ketentuan bahawa jodohnya dengan Rashidi hanya bertahan setakat itu sahaja.

“Seperti yang saya katakan, kami bercerai cara elok, tiada pergaduhan. Kata sepakat dicapai selepas perbincangan yang panjang.

IKLAN

“Demi masa depan anak-anak, kami sepakat untuk tidak bersengketa. Bahkan, saya dan Shidi akan terus bersahabat. Itu ikrar kami,” ujar Vanidah lagi.

Pasangan Rashidi dan Vanidah mendirikan rumah tangga pada 2000 dan bercerai pada bercerai pada 9 Ogos tahun lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sumber: Astro Awani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI