Berkongsi sepotong klip video yang sedang tular di Indonesia, Jasmin Hamid sempat bersenda memohon agar pengguna jalan raya tidak menikmati aiskrim sewaktu sedang memandu.

Video yang berkisar kepada seorang penunggang motosikal yang berhenti di garisan zebra dan sedang makan aiskrim, sebelum ditegur oleh penguat kuasa menerusi pembesar suara, cetus sensasi di negara jiran.

“Selamat sore. Kepada abang yang makan aiskrim, silakan mundur ya bang.

“Kepada ibu yang disampingnya dan kepada seluruh pengendara yang berhenti di zebra cross. silakan mundur.

IKLAN

“Dan kepada abang yang makan aiskrim, habisi dulu aiskrimnya ya bang. Baru jalan. Aduh manis sekali bang senyumnya.

“Tu kan di makan lagi aiskrimnya. Habisi dulu ya bang. Baru berjalan lagi. Nanti abang kenapa kenapa-kenapa di jalan.”

Turut terhibur dengan gurauan manja penguatkuasa wanita itu, Jasmin turut berpesan agar menghabiskan aiskrim sebelum meneruskan pemanduan.

IKLAN

“Kepada Abang yg makan es krim ☺
Makan es krim tu jangan sampai langar undang-undang jalanraya ya…mundurkan speda kamu di garisan yang harus di patuhi. Udah habis makan es krim baru jalan ya. .
Hebat Bukan?”

IKLAN

Terhibur dengan perkongsian itu, netizen turut berharap agar Malaysia turut mewujudkan sistem sebegini bagi mengawal lalu lintas.

“Kepada Abang Yang Makan Aiskrim…,” – Makan Jangan Sampai Langar Undang-Undang Ya…Gurau Jasmin Hamid

Foto – Instagram Jasmin Hamid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI