Instafamous, Hafiz Mahamad ada berkongsi sijil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Instagram miliknya semalam. 

Foto tersebut melihatkan keputusan suami kepada Syafiqah Aaina itu tidaklah terlalu membanggakan, tetapi keputusan peperiksaan di peringkat kolej pula berada pada tahap cemerlang. 

“Siapa yg tengah kecewa lagi dengan result SPM?

IKLAN

“Ha, abang nak share ni. Jangan rasa diri awak bodoh, tak pandai, lembab. Abang pun rasa mcmtu juga dulu, tapi sebenarnya kita yg tak cukup latihan. Kalau kita rasa diri slow, kena push kow kow lah diri tu..

“Abang selalu pesan pada diri, “Ada orang gunakan bakat untuk success” Tapi kita yg tak ada bakat mcmana?

IKLAN

“Ish, Allah tu tak jadikan kita sia sia, mesti ada kelebihan! Kalau kita sedar kita tak ada bakat, PUSH YOURSELF, guna kudrat lebih sikit ..

“Dah stop jangan nangis nangis, pi lanjutkan pelajaran dengan tenang & balas dendam balik dengan bagi result yg bagus. Kesian ma abah kan? Ha buat betul betul lepasni,” tulis Hafiz. 

IKLAN

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan Hafiz yang kini telah  bergelar seorang usahawan berjaya dan maju. 

Dalam perkembangan lain, Hafiz dan Aaina kini sedang menanti cahaya mata sulungnya tidak lama lagi. 

Foto : IG Hafiz Mahamad 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI