
Menerusi posting Instagram terkininya, pelakon yang kini sedang berpantang anak pertama, Mawar Rashid ada berkongsi video lawatan rakan selebriti, Emma Maembong bagi menjenguk cahaya matanya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Emma dilihat cukup teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga rakannya itu. Malah, Emma sempat berselfie dan mendukung bayi lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal itu.
Lalu menerusi ruangan kapsyen pula, Mawar menitipkan ucapan terima kasih memandangkan Emma sebenarnya merupakan individu bertangunggjawab yang menemukan mereka.
Hubungan yang didasari atas status kawan biasa itu akhirnya menyemai rasa cinta hingga ke gerbang perkahwinan.
Yay Mima @emma_maembongofficial finally datang visit @radenrafaelraf ❤️ Thank you Mima kenalkan mummy & papa @rafyaakob sampai naik pelamin and sekarang dah ada Rafael da,” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 Novrmber 2017 dengan sekali lafaz.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Fazura Terkilan, Asyik Terima Naskah Stereotaip ‘Berebut Lelaki’, Punca Hilang Dari Dunia Lakonan

Nur Fazura antara bintang wanita yang cemerlang dalam bidang perniagaan mahupun lakonan. Berdiri sama tinggi dengan pelakon ternama yang lain, Fazura sentiasa menunduk ke bumi sejak di awal kemunculannya di layar skrin sehingga kini.
Namun, wajah aktres jelita ini kini dilihat sudah jarang kali menghiasi di kaca televisyen. Hingga menimbulkan beberapa spekulasi yang kurang enak didengari, adakah pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra diapa Faz memendam rasa kecewa terhadap industri seni tanah air?
Ini respon yang diberikan Faz bagi menepis spekulasi-spekulasi yang timbul berhubung peglibatanya sebagai anak seni.
Bukan Tak Mahu Berlakon, Tapi Faz Terkilan..
“Tidak dinafikan banyak juga, sedihlah setiap kali dapat tawaran saya gembira sangat, nak berlakon. Tetapi bila dapat skrip, alamak sama sahaja berebut lelaki. Agak terkilan sedikitlah. Itulah sebabnya saya sudah tidak lama berlakon. Jadi saya buatlah produksi sendiri sekarang, bolehlah buat apa-apa yang saya nak.
“Pastinya Fazura Pictures Sdn Bhd ini kita memang rancang untuk berkembang lagi. Faz pun sudah lama tidak berlakon kerana mungkin watak-watak yang diberikan adalah sama sahaja. Kebanyakan naskhah sekarang pun dua wanita berebut lelaki, jadi saya tidak mahu lakukan itu.
“Selain ramai peminat yang merindukan lakonan saya, itulah bukan tidak mahu berlakon tetapi karakter yang saya dapat sememangnya apa yang saya cakap tadi iaitu saya tidak mahu buat. Takkanlah dua perempuan asik nak berebut lelaki sahaja. Jadi dengan produksi ini, saya nak buat apa yang saya nak,” katanya ketika ditemu bual.
Di samping itu, dengan memiliki produksi sendiri iaitu Fazura Pictures Sdn. Bhd, isteri kepada aktor terkenal, Fattah Amin ini bebas untuk berkarya selain ingin mengangkat berkaitan women empowerment menerusi karya seterusnya yang bakal diterbitkan bagi ‘memecahkan’ stigma sedia ada dalam naskhah yang sama disajikan pada masa ini.
“We like that in Malaysia. Seperti yang saya cakap, sedih sebenarnya melihat industri kita terlalu banyak mengeluarkan filem-filem atau naskhah yang berulang kali jalan ceritanya sama sahaja. Setiap hari kita tonton drama itu terlalu banyak di kaca televisyen. Tidak tahulah bila mahu berubah.
“Jika kita lakukan benda yang sama, bagaimana kita mahu kembangkan minda penonton-penonton kita. Jika lakukan yang sama, sebab itulah tercetusnya perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada masa ini. Saya harap ramai lagi penerbit di luar sana yang berani keluar dari zon selesa itu bikin cerita yang berbeza untuk kita boleh mendidik penonton selain alihkan stigma yang sama kepada stigma yang baharu.
“Bagi saya bila kita mengangkat martabat wanita? Jadi ya, Insya-Allah itu adalah matlamat saya untuk memartabatkan lagu kaum wanita, women empowerment ini memang tujuan saya. Jadi untuk produksi saya ini, saya mahu hasilkan lebih banya lagi cerita-cerita yang memang saya nak lakukan sendiri dengan menghasilkan cerita berbeza sebelum ini. Ya Insya-Allah dapat hasilkan lebih banyak lagi,” ujarnya.
Tak Merajuk, Cuma Faz Mahu Beri Peluang Kepada ‘Pendatang Baharu’
Sebagai pemilik sebuah produksi, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menetapkan syarat untuk mengutamakan khidmat pelakon berbakat selain pendatang-pendatang baharu yang benar-benar komited untuk menggilap kebolehan.
Katanya, bukan mahu bersikap selektif, tetapi dia percaya ramai pelakon berbakat wajar diberi peluang untuk menyinar asalkan mereka sedia berusaha ke arah itu.
“Sudah pastinya saya memang bercadang akan libatkan dengan pelakon lain. Projek seterusnya nanti saya nak melibatkan semua rakan wanita saya dalam industri ini. Saya buka juga kepada sesiapa saya, tentunya yang berbakatlah Insya-Allah.
“Tetapi pelakon-pelakon baharu pun saya terbuka dan beri peluang kepada mereka. Pada masa sama mungkin dapat bantu mereka untuk dari segi lakonan. Selain itu, mereka ada usaha untuk belajar, bukannya datang ke set.
“Tetapi nak jaga rupa tetapi lakonan whatever whatever sahaja. Itu yang paling penting, asalkan ada usaha kesungguhan dan niat yang baik,” katanya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel yang diolah semula dari REMAJA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram MissFazura
Gemar Bereksperimen Dengan ‘Stail’ Gaya Edgy & Berani Khainina Khalil Curi Tumpuan!

Popular dikalangan pencinta media sosial. Jika anda peminat kecantikan, anda pasti akan terlihat Khainina Khalil menghiasi laluan #foryoupage anda di TikTok. Bijak bergaya malah dia sering berkongsi pelbagai tip berguna terutama sekali tentang solekan dan haruman.
Khainina Khalil, seorang pempengaruh digital yang memiliki aesthetic nya yang tersendiri. Lihat sahaja laman istagram miliknya, pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa teruja. Gaya trendy yang ditampilkan anak muda yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini membuatkannya cukup terkenal di laman sosial.
Stail Pilihan Khainina Khalil?
Stail pilihan saya ialah edgy dan berani. Saya suka mencuba benda-benda baharu dan bereksperimen dengan gaya yang mungkin tidak semua orang berani untuk gayakan. Saya sukakan kelainan tetapi dalam masa yang sama tidak keterlaluan hingga boleh membuatkan saya kelihatan pelik. To be honest, it’s not to gain attention, but it is just my personality that likes trying everything new and different.
Cara ‘Maintain’ Stailo & Trendy?
Saya akan pastikan pakaian yang dipakai bersesuaian dengan diri saya dan sedap mata memandang. Selain itu, ia harus sesuai mengikut tempat dan saya akan menyuai padankan bersama tudung yang tepat agar penampilan saya tampak seimbang. Sebagai contoh, jika outfit saya biasa-biasa sahaja, saya akan lebihkan gaya tudung serta aksesori seperti gelang, beg, kasut dan sebagainya.Namun jika pakaian saya sudah ekstra, saya akan kurangkan dibahagian lain agar tampak lebih sempurna.
Ikon & Role Model Khainina Dalam Fesyen?
Semestinya Donatella Versace! Rekaan beliau cukup berani dan mempunyai signature tersendiri. Setiap tema untuk setiap koleksi yang dihasilkan sangat unik dan amat menepati citarasa saya. Every color and designs are just on fleek. Untuk designer tempatan, saya menggemari Tom Abang Saufi. Motif tradisional yang dipertaruhkan cukup berbeza dan memberikan penampilan lebih edgy.
Bagaimana Nina Jaga Kulit Agar Kekal Sihat?
Perlu kerap membasuh muka! Kulit saya jenis kering dan kadang-kadang ia cukup sensitif. Jadi saya akan pastikan muka saya tidak terdedah kepada benda-benda atau tempat kotor serta berhabuk. Pelembab juga merupakan rutin penjagaan kulit yang amat penting. Saya juga kerap memakai mask setiap ¾ kali seminggu untuk memastikan kulit sentiasa segar dan dilindungi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Khainina Khalil
“Anak-Anak Sempurna Di Mata & Hati Saya, Tak Ramai Ibu Bapa Yang Bertuah, Bernasib Baik,” – Noor Kartini

Ibu kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa, Datin Noor Kartini enggan mencampuri sebarang urusan melibatkan keluarga anak-anaknya.
Menurut Kartini, dia merasakan anak-anaknya yang sudah berumah tangga sudah cukup matang untuk membuat sebarang keputusan di dalam hidup mereka.
“Saya tak mahu jawab mengenai Nabila sebab dia sudah berkeluarga dan dewasa. Kalau nak tahu apa-apa, kena tanya dia sendiri.
“Namun, untuk Amira pula, dia masih dalam perlindungan saya sebab dia masih lagi dibawah jagaan saya.
“Saya sebolehnya tak mahu campur sebab saya nak bergembira sahaja dengan anak-anak dan cucu,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Kartini merasakan dirinya sangat bertuah kerana dikurniakan kasih sayang daripada anak-anak yang sentiasa menjadi penyejuk hatinya.
“Bagi saya, anak-anak saya sempurna di mata dan di hati saya. Saya rasa tiada lagi perkara yang saya nak rungutkan.
“Tidak ramai ibu bapa di luar sana yang bertuah, bernasib baik dan beruntung yang diberi nikmat Allah SWT seperti mana yang saya dapat iaitu kasih sayang dalam keluarga anak-anak saya,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noor Nabila telah sah bercerai talak satu dengan suami, Engku Emran Engku Zainal setelah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Lafaz cerai tersebut telah dibuat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Sekadar informasi, Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021 namun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Noor Nabila & Ameera Khan