
Ibarat sebuah filem aksi! Itulah yang boleh dikatakan apabila dua siri video yang dikongsi pengguna Facebook menggunakan akaun Azri Arip menjadi sensasi di media sosial sejak awal malam tadi.
Difahamkan, video berkenaan yang menyaksikan dirinya nekad mengejar sebuah bas yang dipandu secara melulu mulai viral.
Menurut perkongsian lelaki tersebut, dia memaklumkan bas berkenaan merempuh sebuah kereta sehingga terbabas lalu merempuh gerai burger miliknya, lalu menyebabkan ibunya yang sedang memangku bayi berusia dua bulan terpelanting.
“Bas ni rempuh kereta, kereta terbabas rempuh kedai burger aku. ibu aku pangku baby 2 bulan terpelanting.
“Aku kejar dari keramat au2 sampai ampang nak masuk mrr2 dengan kaki ayam tak pakai baju. hampir 20 biji kereta dia rempuh,” tulisnya.
Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada informasi lanjut mengenai perincian kes serta keadaan mangsa terlibat.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun dikongsi lebih 80,000 kali dengan pelbagai komen diberikan netizen.
Sumber: Facebook Azri Arip
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659496590843477/
https://www.facebook.com/ayiee.azzree/videos/1659497810843355/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Pakai Rasa Tak Selesa Pula,”- ‘Trademark’ Selendang Wann Dalam GV6, Pohon Doa Ramai Agar Berhijab Penuh

Terpilih dalam program realiti fenomena, Gegar Vaganza 9 (GV6), penyanyi bersuara ‘meneran’, Wan Rashidah Meor Abdul Rashid atau mesra disapa Wann mempunyai ‘trademark’ tersendiri dalam imejnya.
Selesa mengenakan selendang sejak beberapa tahun lalu, Wann akui dia kini dalam proses belajar untuk berhijab penuh.
“Saya mula secara perlahan-lahan dengan cara memakai sebegini (selendang) sudah empat tahun. Rasanya sudah tiba waktunya dan doakanlah saya agar berhijab penuh.
“Tapi kadang-kadang iman masih turun naik, ada waktunya saya istighfar banyak-banyak agar diberi hidayah untuk tutup secara penuh,”katanya kepada MH.
Bintang senior ini ditemui di The Gardens Theatre, The Gardens Mall pada Selasa, sejurus sesi pengenalan peserta GV6.
Popular dengan lagu Bossanova, Wann atau terkenal dengan usikan manjanya ‘Wann Teran’ tidak kisah dengan kecaman netizen kerana sudah lali dengan kata-kata negatif yang mempersoalkan imejnya.
“Ketika saya mula menyanyi, saya sudah lali dengan kecaman orang ramai. Meski ketika itu tiada media sosial yang besar macam sekarang ini.
“Tipulah saya cakap saya tak terasa. Bagaimanapun, saya tak marah mereka (netizen), sebaliknya saya mengaminkan setiap kata-kata mereka dan itu juga merupakan satu ujian buat saya juga,” jujur penyanyi berusia 49 tahun ini.
Malah, baginya dia selesa dengan pemakaian separa hijab seperti kini.
“Kalau tak tutup dan tak pakai selendang, saya rasa tak selesa pula. Saya rasa macam ‘kosong’ atas kepala.
“Jadi saya harap peminat dan pihak di luar sana mendoakan saya agar memakai tudung sepenuhnya,” pohon Wann.
GV 6 mempertaruhkan barisan penyanyi profesional seperti Sham (Visa), Jatt (Black Dog Bone), Roy, Ameer (Sofazr), Hady Mirza, Naqiu (Boboy), Wann, Mazleela, Feeza, Noorshila Amin, Nurfatima, Kool, dan One Nation Emcess.
Program ini bakal bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula 13 Oktober ini yang masih mengekalkan Nabil dan Jihan Muse sebagai pengacara.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Ada Pengalaman Panjat Pokok, Terutamanya Pokok Manggis,” – Neeta Manishaa

Penyanyi, Neeta Manishaa ada berkongsi foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Kongsi Neeta, dia telah mengimbau kembali foto ketika dia memanjat di sebatang pokok manggis.
Akui penyanyi yang terkenal dengan lagu Jatuh Cinta itu, dia berpengalaman memanjat pokok.
“Kepada yang Tanya, yes saya ada pengalaman panjat pokok, terutamanya pokok Manggis,” tulisnya.
View this post on InstagramKepada yang Tanya, yes saya ada pengalaman panjat pokok, terutamanya pokok Manggis
A post shared by neeeeeeeeeeets. (@neetamanis) on
Dalam pada itu, peminat turut berasa kagum dengan keberanian penyanyi berusia 25 tahun itu.
Sekadar informasi, Neeta telah merangkul gelaran naib juara untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.
Foto: Instagram Neeta
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kilauan Emas 2025 Tampil Lebih Inklusif! Mak Ray-D Alpha & Kakak Achik Spin Bakal Gegarkan Pentas

Isi Kandungan
TogglePentas realiti nyanyian untuk golongan otai kembali dengan lebih berbisa! ‘Kilauan Emas 2025’ bakal menemui penonton mulai 16 Ogos ini, setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (saluran 105) dengan wajah dan format baharu yang lebih inklusif, segar dan menyentuh jiwa.
Musim ini menyaksikan kejutan besar apabila had umur penyertaan diturunkan kepada 43 tahun, membuka lebih banyak peluang kepada generasi otai baharu yang berbakat besar untuk kembali menyerlahkan cahaya seni mereka.
Uji bakat yang berlangsung di beberapa lokasi termasuk Miri, Johor dan Shah Alam telah berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta dari pelbagai latar belakang sekaligus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk mengejar impian.
Kepelbagaian Latar Peserta
Antara peserta yang mencuri perhatian musim ini ialah Leeza, seorang wanita berjiwa seni yang bukan calang-calang , beliau merupakan ibu kepada Ray-D, ahli kumpulan popular Alpha. Ternyata, darah seni mengalir deras dalam keluarga ini! Leeza tampil dengan vokal bertenaga dan aura tersendiri yang dijangka memberi saingan sengit di pentas Kilauan Emas.


Tidak kurang hebatnya, seorang lagi peserta iaitu Nurul, yang merupakan kakak kepada penyanyi tersohor tanah air, Allahyarham Achik Spin. Kehadiran Nurul membawa sentuhan emosi yang mendalam apabila beliau tampil bukan hanya sebagai peserta, tetapi sebagai penerus legasi keluarga yang menyinari industri muzik tanah air.
Selain mereka berdua, ‘Kilauan Emas 2025’ mempertaruhkan seramai 10 lagi peserta solo lain berusia antara 43 hingga 65 tahun iaitu Zanie, Shah, Kinar, Mazleen, Majid, Ben, Ezan, Zekrai, Nawary dan Vijay. Masing-masing membawa keunikan dan kekuatan tersendiri, menjadikan persaingan kali ini lebih sengit dan mendebarkan.
Selebriti Hebat Penguat Program
Menguatkan lagi aura glamor program ini, Elly Mazlein kembali sebagai hos utama bersama Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan Diari Kilauan Emas. Erra Fazira pula kekal sebagai juri tetap dan digandingkan dengan seorang lagi juri iaitu, Roy Azman. Istimewa musim ini, penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, juga bakal duduk di kerusi juri untuk menilai setiap peserta.
Tidak ketinggalan selain rancangan utama yang dikendalikan oleh Elly Mazlein, Zarul Husin akan mengendalikan segmen ‘Spotlight’ yang bersiaran setiap Sabtu, 11.30 malam yang bakal membawakan kupasan dan drama belakang tabir yang ‘berbisa’. Manakala, Keanu Azman dan Sarah Karmila pula akan merancakkan segmen Live+.
Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Prima, edisi kali ini bukan hanya menampilkan format yang diperbaharui, tetapi turut menonjolkan kisah-kisah menyentuh hati daripada para peserta.
“Musim ini menyaksikan penambahbaikan ketara dari segi kriteria penyertaan dan format produksi, dan kami amat berbesar hati dengan sambutan yang diterima. Kilauan Emas bukan sekadar sebuah program hiburan, malah merupakan medium untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui muzik, budaya dan aspirasi yang dikongsi bersama.
“Kami juga teruja apabila melihat penyertaan daripada individu yang mempunyai latar belakang seni keluarga. Ia membuktikan bahawa minat dan semangat dalam seni tidak pernah luntur, malah diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Setiap peserta membawa kisah tersendiri dan Kilauan Emas kekal sebagai pentas untuk membina keyakinan serta memperkasa golongan otai dalam mengejar impian mereka,” kongsinya.
Untuk musim ini, sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan yang berlangsung selama 8 minggu, peminat juga boleh ikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang, menampilkan kisah inspirasi peserta. Semua siaran boleh distrim menerusi Astro GO, Ultra/Ulti Box dan aplikasi sooka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI