Kemarahan tercetus di kalangan penduduk tempatan dan kawasan sekitarnya di Rabat, Maghribi selepas media tempatan melaporkan seorang remaja perempuan malang berusia 17 tahun telah diculik dan diseksa sekumpulan lelaki. Lebih menyedihkan, remaja tersebut turut dipercayai telah dicabuli individu sama.

Difahamkan sejak Isnin lalu, lebih lebih 12,000 orang menandatangani petisyen bagi mendesak kerajaan di bawah Raja Mohammed VI untuk memberikan bantuan perubatan serta rawatan psikologi selepas video keadaan mangsa tular menerusi media sosial.

Sudahlah Dinoda Dan Diseksa, Bahagian Badan Gadis Malang 17 Tahun Ini Turut Dicacah Tatu!

IKLAN

Menerusi video yang disiarkan saluran Shoof, mangsa mendakwa dia diculik di bandar Olad Ayad, wilayah Beni Mellal, kira-kira dua bulan lalu. Pada masa sama, gadis itu juga didakwa telah diperkosa secara bergilir-gilir, dicucuh rokok bahkan beberapa bahagian tubuhnya turut dicacah ditatu.

Antara bahagian tubuh mangsa yang dicacah tahu ialah belakang leher, tangan, lengan dan betis.

IKLAN

“Mereka mengurung saya selama dua bulan dan saya diseksa dengan teruk. Saya tidak akan maafkan mereka. Mereka telah hancurkan hidup saya,” katanya seperti yang dipetik Sinar Harian menerusi laporan Al-Jazeera.

Sementara itu, menurut bapa mangsa, tiga suspek telah ditahan pada Sabtu dan perbicaraan mereka dijadualkan bermula awal September ini. Sebagai tanda sokongan, netizen turut dedikasikan hashtag #weareallKhadija khusus bagi mengetengahkan isu keganasan ke atas wanita di negara Afrika Utara.

IKLAN

Foto: The Independent UK

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI