‘Pernah berangan nak jadi pembaca berita’. Itu angan-angan penyanyi Misha Omar ketika kecil.

Lantas, Misha atau mesra disapa Kak Mitch ada memuat naik video di Instagramnya sebentar tadi.

“Dulu Masa kecik2 pernah juga berangan nak jadi pembaca berita. Kalau cikgu suruh baca text berbentuk berita, apalagi… kau berangan la jadi Christine Ling dalam kelas.. hahahahhaa!!

IKLAN

Difahamkan, penyanyi yang popular dengan lagu Sampai Bila itu diundang sebagai tetamu jemputan bagi slot Komuniti Awani menerusi program berita Awani di saluran 501.

“Terima kasih @501awani di atas undangan ini. Sesungguhnya kak Mitch sgt berbesar hati. The whole team produksi buat kak Mitch rasa tak kekok..rasa mcm nak hantar resume je mintak keje kat situ..hahahahha!!! Thank you
@fida_korina , @hamztravels & @ashwadismail guide kak Mitch dari depan kamera sampai la bilik voice over… nikmatilah berita komuniti awani dari saya, Misha Omar.. Salam hormat … #komunitiawani,” tulisnya. 

IKLAN

Malah, Misha yang tampil berambut pendek dan blazer berwarna biru tua kelihatan tenang dan bersahaja ketika ‘beraksi’ di depan lensa kamera.

IKLAN

Bukan itu sahaja, program tersebut turut menampilkan selebriti lain seperti Adibah Noor, Alif Satar dan Nora Danish sebagai penyampai berita yang bersaiaran di saluran Astro 501 jam 8:15 malam.

Foto : Instagram Misha Omar/ Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI