Berkongsi kesedihan akibat pandangan sesetengah netizen terhadap dua anak syurganya iaitu Azal dan Azil, Zarina Zainuddin menerusi segmen Apa Kes di Berita Harian, pelakon tersebut meluahkan rasa hati terhadap pasangan kembarnya itu. 

Beberap hal dibincangkan, termasuk isu perkahwinan membabitkan mereka berdua.

Kata Zarina, Azal sering kali berkeinginan untuk memiliki teman wanita dan melangkah ke alam perkahwinan, namun siapa yang mahukannya? 

Dia dah 23 tahun, kalau besar ni orang dah ada girlfriend dah. Keluar, dating, jalan-jalan. Ada perasaan. Walau pun dia tak ada girlfriend. Dia kata perempuan ni cantik tapi siapa yang nak dengan dia kan?”

Malah, pelakon jelita ini turut kecewa dengan komen netizen yang disifatkan bagai mempersenda keadaan anaknya.

“Kadang kadang saya baca dekat IG pun saya sedih. Hey pakwe kau. Eei, tolonglah. Pakwe kau kot.

“Pandangan orang kan. Ada juga yang suka tapi biarlah, akak pun tak kisahlah. 

“Bila tengok gambar perempuan, dia suka perempuan cantik.

Saya tahu dia suka, dia pernah cakap dengan saya dia nak kahwin. Dah besar dia nak kahwin. Dia dah ada keinginan,” ulasnya sebak.

View this post on Instagram

Ketabahan kak @zarinazainuddin_ membesarkan dua anak syurga sering mengundang perhatian umum. Ada yang bersimpati, manakala ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Joms selami dgn lebih mendalam hati ibu yang sgt tabah dan cekal ini. Klik link di bio profile! Apa Kes tampil dengan montaj yang lebih segar dan bukan sekadar membicarakan mengenai gosip hiburan semata-mata. Penerbit : @feridehikmetatak Make up : @imadakcik Editing : @fuadzamir #apakes #bh #bhtv #digital #online #gossip #panas #kontroversi #pelakon #wanita #sensasi #pulutkuning #rendang #autisme #kesedaran #viral #tular #aturan #dugaan #cabaran #peniaga #teduhankasih #ibu #tabah #simpati #mediasosial #perkongsian

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh31) on

Turut terkesan dengan perkongsian pelakon berusia 48 tahun ini, netizen menasihati agar individu yang meninggalkan komen supaya menjaga perasaan insan lain.

Janganlah melontarkan kata-kata nista walaupun sekadar gurauan.

Sebaiknya, diam sahaja jika tiada apa komen yang baik untuk dikatakan.

Foto – Instagram ABPBH31

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI