Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu jugalah kita kalau nak mendidik anak-anak, seeloknya didiklah mereka dari kecil supaya mudah untuk dilentur.

MH tertarik dengan satu video yang dikongsi oleh pelakon, Saharul Ridzwan di mana dia berkongsi video membawa anak sulungnya, Muhammad Luth Ali ke kelas mengaji Al-Quran.

A post shared by SR (@saharulridzwan) on

“Alhamdulillah. Selesai kelas mengaji Al-Quran. Ini pun tak habis belajar lagi. Baru nak sebut huruf tu dengan betul. Selama ni ingat bacaan kita betul, banyak yang tak betul rupanya. Terima kasih ustaz @tarmiziabdrahman. .

 

Kita cari akhirat, InShaaAllah, dunia akan datang dengan sendiri. ?,” tulis Saharul di ruang kapsyen.

Nampaknya rata-rata pengikut dan peminat Saharul memuji pelakon ini kerana mendedahkan Al Quran kepada Ali sejak dari bayi lagi malah ada juga yang teruja melihat Ali begitu khusyuk mendengar setiap kata-kata yang keluar daripada mulut ustaz, seolah-olah dia benar-benar faham dan mengerti dengan percakapan ustaz tersebut.

hafizah_a.w: Alhamdulillah..tq for sharing.. Aihh Ali…omeiinyaa…tekun dia dgr ustaz tarmizi berckp..

IKLAN

pieradiant314: Bekalan utk akhirat… wahh Ali khusyuk dgr ustaz berbual.. semoga Ali menjadi anak yg alim dan soleh ya… aamiin..

amrhzulkfl: Khusyuknya ali dgr ustaz tarmizi cakap??

IKLAN

sabrinasudiman_: Alhamdulillah. Bagusnya @kisah.ali diam jee dgr ustaz briefing psl bacaan Quran. Semoga membesar menjadi lelaki yang beriman dan beramal soleh. Aamin ❤

Dalam pada itu sempat juga MH meninjau akaun Instagram milik Ali dan terdapat juga video Ali begitu khusyuk mendengar kata-kata doa dari ustaz.

IKLAN

Bagi MH apa yang dilakukan oleh Saharul ini boleh dijadikan contoh kepada semua di luar sana.

Semoga Ali menjadi menjadi anak yang soleh dan sentiasa berpegang teguh kepada Al Quran.

Sumber: Instagram Saharul Ridzwan & Instagram Muhammad Luth Ali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI