Penyanyi Siti Sarah ada memuat naik satu hantaran di dalam bentuk video yang merakamkan aksi kandid suaminya, Shuib sedang membantu seorang peniaga menguruskan jualan nasi lemak.

Sarah menerusi ruangan kapsyen sejujurnya menjelaskan, inilah sikap suaminya yang disifatkan gemar bersedekah, tidak ada perasaan hasad dengki, tidak tahu penat dan tak pandai curi tulang.

[VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu

“I nampak posting kat IG u pasal support peniaga. I tau niat u sangat baik. Video ini je menunjukkan u suppport peniaga lain.

“Alhamdulillah… sebenarnya ramai rakan2 baik tanya “Ib cer aja aku cam mana kau buat sampai berjaya?” tapi selalu Shuib cakap “aku tak pandai Allah hantar aku orang yang pandai pandai.. aku tak de daya apa pun …” Ok biar saya yang terangkan.

IKLAN

“Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati. Ni sikap Shuib. No 1 Sedekah, kedua Jangan ada hasad dengki, ketiga dia tak tahu penat tu apa dan tak pandai curi tulang,” tulisnya.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menambah, kalau nak diikutkan banyak lagi yang ingin dikongsikan mengenangkan sikap baik suami terhadap orang lain.

[VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu

IKLAN

“Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga. Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu org lain.

“Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup.

“Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat. Moga Allah membuka pintu rezeki seluas lanjit yang terbentang, seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Amin yarabalalamin.

IKLAN

“Kepada yg tanya nasi lemak ni kat mana, kat puchong prima depan petronas. Harga nasi lemak serendah RM1,” tulisnya panjang lebar.

[VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu

Rakaman video tersebut sehingga kini mendapat pehatian ramai dengan menerima lebih 200,000 view beserta komen yang pelbagai termasuk daripada rakan selebriti.

[VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu [VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu [VIDEO] “Bukan Nak Puji Sebab Dia Suami Saya,” – Shuib Bantu Jual Nasi Lemak, Siti Sarah Jelaskan 4 Sikap Sebenar Suami Yang Ramai Orang Tak Tahu

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI