Kira-kira seminggu selepas kelahiran anak kedua pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang dilahirkan pada 12 Februari lalu, Scha memuat naik sedutan rancangan Schawal Baby Boom 2021 yang disiarkan pada Khamis, jam 9.30 malam.

Menerusi program yang bersiaran menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD itu, episod berkenaan turut merakamkan detik Scha yang menuju ke hospital sehinggalah di bawa ke wad bersalin.

Malah, momen indah pasangan suami isteri ini ketika menerima kelahiran ‘Baby L’ turut dikongsikan bersama penonton.

Scha yang kini sedang berada dalam tempoh berpantang menerusi Insta Story ada memuat naik sedutan episod tersebut, sambil mengucapkan terima kasih buat semua yang menonton.

“Thank you semua for watching,” tulisnya terharu.

IKLAN

Sementara pada satu entri terkininya pula, Scha turut berkongsikan pengalamannya bersalinkan anak kedua sambil mendoakan agar anaknya itu membesar sebagai insan yang baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya)

“Pengalaman yang cukup berbeza, tapi sikit pun tak kurang hebatnya dari kelahiran Scha yang pertama, @laraalanaa.

“Sejak melahirkan, Scha dihujani doa dan pertanyaan tentang kelahiran kedua kali ini, dan secara Ekslusif malam ini, kami sekeluarga akan berkongsi dengan anda semua this magical moment with us.

IKLAN

“And for the first time, kami akan kenalkan anda semua dengan anak kedua kami.

“Semoga Baby L membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan membanggakan kami sekeluarga,” tulisnya.

Entri yang sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan itu turut dihujani dengan ucapan tahniah serta ucapan positif rakan artis dan peminat.

IKLAN

Terdahulu, Scha selamat melahirkan bayi perempuan pada 12 Februari lalu sekitar pukul 9.15 pagi.

Awal menerusi laporan media menyatakan isterinya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.2 kilogram di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Rancangan Schawal Baby Boom itu dibawakan oleh Majalah Pa & Ma.

Foto: Instagram Scha Alyahya