Selepas dua tahun tidak bertegur sapa, akhirnya Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie sudah pun kembali berbaik semula di antara satu sama lain.

Pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman Instagramnya. Ia sekali gus dilihat menjernihkan hubungan di antara dua pelakon ini.

Menerusi video pendek yang dikongsikan itu, Fathia dan Zarina mendedahkan mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa selepas ditanya.

Malah, Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak kawannya itu untuk belajar ilmu agama bersama-sama.

“Dulu diaorang bergaduh kaw-kaw. Sekarang dah berbaik. Dah ‘bercium mulut’ dah. Alhamdulillah, berapa tak berkawan? Dua tahun.

“Sekarang hari ini baru berjumpa. Fathia nak ajar Anju agama. Betul tak Fathia? Alhamdulillah, bagus dia orang,” kata Ridzokumura.

Meninjau ke ruangan komen posting yang sudah mendapat tontonan lebih 30,000 kali itu, rata-ratanya memberikan respon positif terhadap perkembangan tersebut.

Malah, ada yang tumpang gembira dan mengharapkan agar apa yang berlaku sebelum ini dapat dijadikan pengajaran.

Terdahulu, hubungan Fathia dan Zarina tidak berapa baik sekitar dua tahun lalu selepas keduanya berdepan konflik di dalam hubungan persahabatan.

Foto: Instagram Ridzokumura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI