Kumpulan Voices of Euphonious atau lebih popular dengan panggilan V.E memaklumkan dua anggotanya iaitu Shah dan Damian telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan tersebut.
Pengumuman mengejutkan itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun rasmi V.E.
Malah, pengendali akaun tersebut turut memberi tahu, mereka akan menutup akaun tersebut dan telah pun mencipta laman Instagram yang baru.
“Notice: Akaun ini bukan lagi official IG untuk V.E 2021. Damian dan Shah dgn rasminya telah mengundur diri dan bukan lagi ahli V.E.
“V.E akan buka akaun baru dengan ahli lain, Zaf, Cham, Adeep dan Hakim. Boleh follow akaun IG V.E terbaru @_veofficial utk updates terkini V.E. Semoga perjuangan diteruskan dan dipermudahkan. Terus support dan doakan terbaik,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Damian memaklumkan pengunduran dirinya itu adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada bisnes dan juga keluarganya.
“Assalamualaikum wbt semua. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yg telah menyokong saya sepanjang karier seni saya daripada 1994 sehingga lah sekarang.
“Saya telah melalui pelbagai fasa didalam perjalanan seni saya dan antara faktor yg telah byk mematangkan saya adalah bila saya bersama kumpulan @voicesofeuphonious
“Alhamdulillah, setiap benda yg baik pasti akan ada penamatnya. Tapi setiap penamat merupakan permulaan untuk fasa kita seterusnya.
“Saya kini berada didalam satu fasa hidup yg memerlukan 100% masa & fokus saya terhadap tanggungjawab kepada bisnes persendirian dan keluarga, saya sebagai seorang suami & seorang bapa,” jelasnya.
Bagaimanapun, Damian memberi tahu, dia tetap akan menyokong penuh segala apa yang dirancangkan oleh VE pada masa akan datang.
“Oleh itu…Disaat usia kita semakin meningkat ni, adalah amat penting utk saya memberikan fokus dan masa terhadap saham akhirat saya nanti.
“Saya Damian Mikhail secara sukarela telah mengambil keputusan utk mengundur diri daripada VE dan berharap mereka yg masih ada meneruskan perjuangan selagi boleh,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Damian turut mengakui dia tidak akan lupa segala memori pahit manis bersama kumpulan tersebut sajak dari tahun 1994.
“Only the best doas and wishes for you guys with the new VE @_veofficial. Saya terus akan support dan mendoakan mereka sukses didalam perjuangan mereka.
“Segala ilmu dan memori perjuangan pahit dan manis bersama-sama sahabat-sahabat saya @lah_ahmad @zaf.ve @shah.ve & cham tidak akan saya lupa. Thank you for the wonderful journey.
“May Allah bless us all in our future undertakings. Allah knows best. We keep it tight aight. Damian Mikhail Signing Off Assalamualaikum wbt,” akhirinya.
Sumber: Instagram VE & Damian Mikhail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja mengumumkan persaraan dalam dunia sukan yang diceburinya, nyata keputusan Datuk Nicol David mengejutkan rakyat Malaysia.
Memegang rekod pencapaian paling cemerlang dalam sejarah sukan negara, netizen ‘berat hati’ mahu melepaskan namun terpaksa redha.
Sedikit soroton pencapaian bintang lagenda ini, Nicol Ann David menjadi pemain skuash dari Malaysia dan Asia yang pertama menduduki ranking nombor satu dunia.
Dari tahun 2005-2010, Nicol memenangi Anugerah Terbaik WISPA sebanyak 6 kali berturut-turut.
Terharu dengan pencapaian bintang squash ini, selebriti meluahkan penghargaan di laman sosial masing-masing.
Foto – Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Inilah realiti seorang isteri dan ibu kata Nad Zainal.
Tiada masa dan ruang untuk diri sendiri, keutamaan adalah untuk suami dan anak.
Tambahnya lagi, kehidupan tidak seindah drama waktu petang. Waktu lapang yang ada digunakan sebaiknya untuk berehat, bukan ke spa mencantikkan diri.
“No filter needed
Muka berminyak
Sarung shirt besar
Rambut toncet malas
Buat apa nak malu
Ini adalah rupa seorang isteri,
Are you ready.”
“Yang single-single tu?
Berkahwin dan ber anak
Kita akan banyak tanggungjawab…
Tidak seindah drama petang,
Mana yang tak ada maid tu..
Lagilah.
“Now i know.. kenapa mak mak kadang-kadang macam singa…
Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.. sebab bila ada masa terluang.
Baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun.
“Nak masuk puasa ni
Mula google lauk nak masak sahur pulak…
Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita.. dan jangan lupa tonton Geng Mak Mak di @astrogempak,” tulisnya.
Luahan hati ini turut mendapat perhatian pelakon Fasha Sandha dan Amyra Rosli yang mengakui tidur lebih penting apabila punya masa senggang.
Foto : Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan pendapat selepas ditanya mengenai kemelut yang berlaku antara Nur Sajat dengan adiknya, Nur Mustika yang kini tular di media sosial.
Enggan menilai siapa yang bersalah atau tidak, Aliff meminta rakan baiknya itu bersama Mustika untuk sama-sama menyelesaikan isu yang tercetus secara matang.
“Saya tak mahu sebelahkan mana-mana pihak, tak mahu juga jadi ‘kepochi’. Dalam kehidupan ini, kita jangan buka pekung keburukan adik, kakak atau abang.
“Macam contoh saya pun ada konflik dengan kakak dan mak saya. Malah saya pun pernah ada masalah dengan adik saya, belum lagi adik beradik tiri.
“Bagi saya hal keluarga, simpanlah untuk diri kita sendiri sebab bila kita buat provikasi atau bercerita, yang malu ialah ahli keluarga sendiri.
“Malah saya yakin, Sajat dan adiknya ialah orang yang baik. Saya tak mahulah beri nasihat lebih sebab saya pun tak cukup baik untuk nasihati orang lain.
“Cuma pesan saya, akhir nanti yang mahu diri kita sendiri, termasuk keluarga. Kalau benda boleh diselesaikan sendiri, selesailah,” katanya kepada MH.
Aliff yang ditemani isteri, Datin Seri Nurshahida berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Butik AS Hijab di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini menyifatkan apa yang berlaku juga hanya memberi ruang kepada netizen untuk mahu tahu lebih.
“Netizen bukan hakim, mereka nak tengok apa lagi yang terjadi, siapa lagi buruk dan sebagainya. Sebenarnya setiap famili pasti akan ada masalah tersendiri.
“Saya tak malu nak cakap, saya pun ada konflik (dengan ahli keluarga) tapi kalau kita berkongsi dengan orang luar, akan ada di antara mereka yang prejudis.
“Jadi sebaiknya, selesaikan sahaja di antara ahli keluarga,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman telah dilantik sebagai Profesor Adjung Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (FKPM).Pelantikan beliau...