Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui kesilapan yang dilakukan bersama suami, Shuib Sepahtu yang telah didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis restoran, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Manes itu menyifatkan ia adalah sebagai antara dugaannya dalam perjalanan ke Kelantan untuk melancarkan pembukaan kedai minuman dan pemanis mulut milik suaminya itu.

Malah, apa yang berlaku turut dianggap sebagai satu pengajaran.

“Kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami decide makan di Lipis, Pahang.

“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” tulisnya.

Menerusi laporan media sebelum ini, pasangan selebriti yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

IKLAN

Lalu, Sarah ada berkongsi mengenai hal tersebut di akaun Instagram.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.

“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru @bubblebeemalaysia_hq

“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

IKLAN

“Sekali Lagi Kami Diduga. Kami Mohon Maaf. Ini Pengajaran…,” – Siti Sarah Respon Isu Langgar SOP, Dugaan Tak Patahkan Semangat “Sekali Lagi Kami Diduga. Kami Mohon Maaf. Ini Pengajaran…,” – Siti Sarah Respon Isu Langgar SOP, Dugaan Tak Patahkan Semangat

“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.

“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu,” ceritanya.

Meski menempuh pelbagai dugaan, namun Sarah memberitahu ia tidak mematahkan semangat mereka.

IKLAN

“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut memberikan kata-kata semangat buatnya di samping meminta penyanyi itu agar lebih berhati-hati.

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI