Pelakon, Aprena Manrose kini sedang menikmati percutian di Thailand bersama suaminya, Mohd Afiq Hazman.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman ini juga ada berkongsi sepotong video yang melihatkan dia ‘membuli’ suaminya untuk melakukan pelbagai reaksi wajah.
“Casting call in big Buddha. Bila camera shy kena paksa buat reaction hahaha! sampai tak sampai je reaction tu hahaha,” tulisnya sambil merakam video berdurasi hampir dua minit itu.
Kongsi anak kepada penyanyi dangdut Iwan ini juga, dia meminta suaminya itu melakukan beberapa ekspresi wajah antaranya, terkejut, gembira, sedih dan takut.
Ads
Lalu, rakan selebriti turut memberikan komen terhadap video berkenaan.
Ads
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 12 November 2016.
Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29, pada 21 Julai lalu.
Menerusi entri terkini di akaun Instagram milik Nonny, wanita ini meluahkan rasa sayu bersama peminatnya.
Kongsi bintang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, dia akui pernah menghindarkan diri daripada berhubung bersama ahli keluarga dan rakan-rakan seketika waktu dulu.
Menurut Nonny, insiden itu berlaku kerana dia mahu mencari kekuatan dan memberi ruang terhadap dirinya.
Lalu, Nonny sempat memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Happy belated b’day to me. Never lie to ur mom, she always finds out. I’m sorry. I love you ma.
Untuk rekod, Nonny telah dilahirkan pada 20 Julai 1989 di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima.
Terdahulu, Nonny telah pun berpisah dengan bekas suami, Mustain.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah.
Foto : Instagram Nonny Nadirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak pernah lokek berkongsi kisah personal di ruang Instagram, Betty Rahmat mengakui dia sebenarnya sudah lali dengan setiap kecaman dan kritikan netizen yang tidak pernah berpuas hati dengan segala apa yang dilakukan.
Namun tegasnya, itulah risiko yang harus dihadapi apabila bergelar selebriti. Setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian.
“Saya tidak kisah kerana jika kita memilih untuk berkongsi dengan umum, jadi bersedialah dengan setiap pendapat yang dikeluarkan.
“Kalau tidak mahu pandangan netizen, jangan kongsi apa-apa,” katanya kepada MH.
Punya latar keluarga hebat dalam dunia seni, namun Betty menegaskan tidak mahu mencatur perjalanan seni buat permata hati, Ardy Wira Ardy Shafiq.
Walaupun akur populariti Wira kini melangkau namanya sendiri, namun jelas Betty, biarlah Wira hanya menjadi tatapan peribadi dia dan suami.
“Secara jujurnya tidak pernah ada niat untuk membuat dia popular. Saya hanya cuba berkongsi kegembiraan dan mahu semua gembira bila melihat dia.
“Buat masa ini, saya tiada perancangan untuk membawa dia masuk ke dunia hiburan. Lagipun saya dan suami telah berbincang dan sependapat bahawa biarlah dia pilih sendiri jalan hidup,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.
Kini berusia lima bulan dan seberat 10 kilogram, ulas Betty, pada awal kelahiran, dia terpaksa bergelut dengan hakikat bahawa sukar untuk menyusukan anak sendiri.
“Memang sangat mencabar sebab saya tidak tahu cara yang betul untuk menyusukan anak waktu mula-mula lahir dahulu.
“Malah saya sendiri sejujurnya tiada idea bagaimana mahu mendapatkan susu yang banyak.
“Kadang kala keliru sama ada susu saya cukup atau tidak, adakah terlalu cair, tapi setelah diselidik, rupanya memang bayi lelaki kuat menyusu. Syukur, sekarang dia sudah mula minum 5 aun setiap kali menyusu. Wira sudah tumbuh lima batang gigi,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.