Kecoh apabila perkahwinan kedua PU Abu bersama ibu tunggal yang dikenali sebagai Hana Azraa dikatakan mengalami masalah.
PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi terdahulu telah pun menceraikan isteri pertamanya, Aina ‘Afini ketika sedang sarat hamil anak pertama.
Difahamkan, situasi terkini rumah tangganya telah dikongsikan isterinya sediri, Hana Azraa kepada mStar.
Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir menjelaskan, mereka kini telah membawa haluan masing-masing dan tidak lagi tinggal bersama.
“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.
Ads
“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” katanya seperti yang dipetik mStar.
Tambah wanita berkenaan lagi, dia tampil bagi menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak timbulnya salah faham.
“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.
Ads
“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga. Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” akui Hana.
Sementara itu, PU Abu pula enggan mengulas berhubung kenyataan Hana mengenai status rumah tangga keduanya.
Ads
“Saya dan dia masih suami isteri,” katanya secara ringkas.
Hasil perkahwinan PU Abu dan Ain ‘Afini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar di Hospital Shah Alam pada 7 Jun lalu.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei lalu.
Sumber: mStar/Carian Google & Instagram PU Abu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini genap ulang tahun perkahwinan penyanyi Tomok dan isterinya, Rahayu Abbas yang kelapnan.
Rahayu atau mesra disapa Ayu turut memuat naik foto throwbacknya kala muda remaja sehingga kini.
Malah, gambar tersebut turut disertakan ucapan romantis buat Tomok atau nama penuhnya Shah Indrawan Ismail.
“HAPPY 8th ANNIVERSARY for my beloved husband…
“Today is very special day BUT…i missed it…Sorry sangat2…i’m not saying it faktor usia tau..but is more then bertambah kerja di rumah dan di luar 😝…still it is not the reason coz i hate people give a reason insteed of try to recovery..ecececeee….
“Alhamdulillah, pejam celik je dah 8 tahun kami berumah tangga…of cozla dalam insta kita post yang sweet2 je kan..yang masam2..yang pahit2 tu kita simpan sendirilah for our records in the future😜😎,” tulisnya.
Berkongsi beberapa keping foto ketika muda remaja, Ayu turut merakamkan ucapan terima kasih buat si suami kerana memilihnya sebagai suri di hati.
“If u guys swipe tepi are photo of our journey before we get married..tapi sebelum tu sorry if myself is not fully hijab coz that time masih di zaman jahiliah..ya ya ya…it is not suit to be publish but i try my best to crop it.
“Anyway the wishes is special to my husband…terima kasih kerana memilih ayu sebagai suri di hati…i know that i’ve a lot of kekurangan dan kekilafan sepanjang menjadi isteri & dibu…tapi dibu akan memperbaiki dari semasa ke semasa…insyaAllah…semoga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah…dan hanya ajal yang memisahkan kita…..amin
“We love u so much..sayang…remember this world are very wide to explore never give up untill end of breath…we always support u whenever and whatever u did as long as “tak tambah satu lagi bini….tambah anak ok..hope that kita di berikan rezeki untuk menimang baby girl..amin…..😘😘😘 #biladibubebel,” tulisnya.
Tahniah diucapkan kepada pelakon Izreen Azminda yang telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 29 Jun lalu.
Menerusi Instagram, dia juga telah berkongsi nama anak keduanya, Aaron Ibrahim bin Muhammad Radzi.
“Syukur alhamdulillah.. Semuanya berjalan dgn lancar dan baik skali.. Terima kasih bg semua yg mendoakan utk saya dan baby.. SABTU (29/6/2019).. 1.46AM.. “AARON IBRAHIM BIN MUHAMMAD RADZI,” tulisnya.
Terdahulu, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Sementara itu, Ude juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Intan Liana Saleh pada Mac 2013 namun bercerai pada Mac 2018. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Foto : Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.