Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya mengakui ketika di awal penglibatannya dalam bidang seni, hatinya cukup lembut dan pantang dicuit.

Katanya, setiap kali isu yang ada kena mengena dengan dirinya, dia akan cepat melatah dan ‘mengamuk’ di media sosial, misalnya Twitter.

Bagaimanapun, selepas empat tahun dalam industri, isteri kepada Awal Ashaari ini bagaimanapun cuba kawal dan lebih relak di dalam menghadapi apa sahaja situasi yang berlaku melibatkan dirinya.

“Dulu hati saya sangat lembut. Kena cuit sikit saja pun sudah mengamuk di Twitter. Kalau ada yang datang lambat ke set lokasi misalnya, saya akan hentam.

“Cuma bila tiga empat tahun dalam industri, saya cuba untuk tidak cepat melatah. Usah cepat beri respon terhadap apa yang diperkatakan. Tak kan ke sudah benda-benda macam tu,” kongsi Scha kepada MH.

IKLAN

Pada masa sama, Scha juga tidak menafikan lebih baik untuk dia fikirkan hal yang lebih bermanfaat.

“Saya belajar untuk kawal dan bila sudah biasa, saya okay saja. Contohnya kalau orang kata saya pakai barang ‘fufu’, apa-apa sajalah malas nak layan.

IKLAN

“Kadang-kadang ada jua bersuara. Kena tahu apa yang patut kita layan dan sebaliknya,” jelasnya.

Terdahulu, Scha ditemui media di set penggambaran drama portal untuk Astro Gempak, berjudul Dua di Starvilion, Shah Alam pada Isnin.

IKLAN

Turut sama menjayakan webseries arahan Michael Ang itu ialah Sharifah Sakinah dan Ben Amir.

View this post on Instagram

DUA ?

A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on

Foto: Instagram Scha Alyahya

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/2064085907214615/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI