Pelakon, Uqasha Senrose berharap agar suaminya yang juga aktor, Kamal Adli dapat memberikan kerjasama sepanjang proses permohonan tuntutan cerai berlangsung.

Menurut Uqasha, tindakan Kamal untuk tidak hadir ke prosiding pertama pada hari ini hanya akan memanjangkan lagi proses di mahkamah.

“Saya harap Kamal dapat berikan kerjasama. Jangan tak datang ke mahkamah seperti hari ini. Saya pun ada kerja saya,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Munajjim: Sekutu Iblis itu berkata sedemikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Uqasha turut memohon orang ramai untuk tidak  mengaitkan hal anak dalam isu rumah tangga yang sedang dihadapinya bersama suami saat ini.

Menurutnya, fokus utama ketika ini hanyalah terhadap proses perundangan yang sedang berjalan.

“Kalau boleh, kita tidak mahu sentuh apa-apa berkaitan isu anak. Kita fokus kepada perceraian sahaja,” katanya ringkas

Ads

Ketika ditanya mengenai keadaan dirinya, Uqasha memaklumkan dia berada dalam keadaan sihat dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.

“Saya okay, apa yang tidak memudaratkan diri saya dan kesihatan saya, saya akan teruskan untuk diri dan anak.

“Anak ada bersama dengan saya. Setakat ini saya okay, insyaAllah,” ulasnya.

Kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu juga memilih untuk tidak memberi komen terhadap hantaran yang dimuat naik Kamal beberapa hari lalu yang menunjukkan seolah-olah tiada masalah antara mereka.

“Bila dia muat naik hantaran tersebut? Anda boleh fikir sendiri,” katanya sebelum beredar dari lokasi.

Ads

Untuk info, Uqasha hadir seawal jam 9 pagi untuk menghadiri prosiding pertama sebutan kes yang difailkan pada 1 Oktober lalu.

Bagaimanapun, pihak defendan, Kamal, tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie.

Disebabkan ketidakhadiran tersebut, prosiding ditangguhkan ke 28 Oktober ini bagi pengesahan sama ada defendan bersetuju atau tidak dengan tuntutan perceraian berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.

Ads

Terdahulu, menurut sumber terdekat, rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga. 

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI