Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tidak pernah memandang rendah terhadap jenama tempatan biarpun sering menjadi pilihan jenama terkenal antarabangsa sebelum ini.

Menurut Amelia, 30, produk tempatan kini setanding dengan jenama antarabangsa, malah lebih mampu milik serta praktikal untuk semua golongan.

Disebabkan itu juga, dia bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama tempatan terkenal, Dr Cardin, yang sudah lebih 35 tahun bertapak dalam industri fesyen negara.

Bersama beberapa selebriti popular lain seperti Nadhir Nasar, Bella Astillah dan Syed Saddiq, Amelia terlibat dalam pertunjukan fesyen ‘live streaming’ Dr Cardin yang menampilkan konsep unik, Kedai Runcit, baru-baru ini. 

Sebagai hos acara tersebut, Amelia mengendalikan siaran langsung menerusi akaun TikTok selama lebih tiga jam dengan penuh semangat.

“Saya ialah anak Malaysia. Jadi saya akan sokong jenama buatan Malaysia. Semudah itu. Bila bercakap tentang jenama ini, saya sukakan inovasinya. Setiap kali mereka keluarkan koleksi baharu, kita boleh lihat inovasi dalam setiap rekaan.

“Seperti acara yang berkonsepkan Kedai Runcit pula, saya rasa ia sangat comel dan sangat Malaysia sekaligus menaikkan semangat patriotisma kita.

Ads

“Saya sukakan rekaan kasut sneakers terbaru daripada Dr Cardin ini kerana sangat selesa dipakai. Bayangkan saya jadi hos untuk acara ini selama lebih tiga jam.

“Saya perlu bergerak ke sana sini. Kalau tak ada kasut yang selesa pasti boleh merosakkan ‘mood’ nak bekerja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amelia turut teruja menantikan tayangan tiga buah filem lakonannya yang dijangka menemui penonton dalam tahun ini.

Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.” Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.” Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.” Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.” Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.” Amelia Henderson Bangga & Terus Sokong Jenama Buatan Tempatan – “Saya Anak Malaysia.”Hidupkan Semula Nostalgia ‘Kedai Runcit’

Sementara itu, Jenama Dr Cardin buat pertama kalinya menganjurkan pertunjukan fesyen secara live streamingbagi memperkenalkan koleksi terkini mereka melalui platform TikTok.

Ads

Menurut Ketua Pegawai Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, sebagai pewaris legasi perniagaan keluarga, beliau terpanggil untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dengan memperkenalkan konsep Kedai Runcit untuk acara kali ini.

“Biarpun sejak tahun lalu Dr Cardin menjenamakan semula rekaan kepada gaya yang lebih terkini, tetapi kami juga ingin menerapkan nilai autentik Dr Cardin yang telah wujud lebih 35 tahun lalu.

“Disebabkan itu, dalam koleksi terbaru ini, kami mengeluarkan koleksi The Origin Heritage Sneakers Denim Seriesyang hadir dengan syiling yang diselitkan bersama.

Ads

“Syiling RM1 sudah tiada lagi, jadi kami tampil dengan idea ini demi mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di mana kita selalu menggunakan syiling RM1 bila ke kedai runcit,” katanya.

Selain memperkenalkan rekaan sneakers menggunakan material denim, jenama ini turut memperkenalkan Drift Ballet Sneakers, dengan ciri khas saiz yang lebih lebar berbanding kasut seumpamanya di pasaran.

Turut diperkenalkan ialah koleksi Drift Sneakers yang bersifat unisex dan hadir dalam tujuh warna untuk lelaki serta lapan warna untuk wanita yang sesuai digayakan untuk aktiviti harian atau ketika bersantai.

Dr Cardin juga menambah variasi dengan melancarkan koleksi beg baharu iaitu Era Bag dan Dome Bag, yang tampil dalam pelbagai saiz dan material bagi melengkapi gaya moden masa kini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI