
Wow…update terkini yang kami perolehi berkenaan isu ‘rayuan’ pelakon, Syafiq Kyle terhadap individu menggunakan akaun Instagram (IG) @faizikhairudin yang mungkin berkaitan penyebaran video kontroversi melibatkan pelakon terbabit baru-baru ini seperti palsu.
Pendedahan berkenaan adalah menerusi hasil penelitian peminat pelakon drama Nur itu terhadap timbulnya keraguan keaslian foto yang dimuat naik.
Sekali gus, membuatkan mereka berpendapat bahawa foto tersebut sebenarnya adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggjungjawab.
Malah menerusi beberapa keping gambar yang didedahkan juga, memang jelas kelihatan seperti wujudnya kesan suntingan.
Berikut merupakan beberapa bukti yang menyatakan ia berkemungkinan melaui proses suntingan.
Sebelum ini, pemilik akaun berkenaan difahamkan telah memuat naik kandungan direct massage (DM) kononnya daripada Syafiq dengan kapsyen: “Kenyang, #willexplainlater” di IG.
Bagaimanapun, posting tersebut telah pun dipadam.
Aduhai, macam-macam pula yang berlaku hingga menjadikan isu hangat ini kian rumit.
Apa pun, usah-usahlah menyebarkan fitnah hingga boleh menjatuhkan air muka orang, tambahan lagi di bulan penuh kemuliaan ini. Lebih baik buat benda yang berfaedah. Tak gitu sis??
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kuasa Viral Ni Boleh Bawa Kita Ke Arah Positif Dan Negatif,” – Duduk Di Kerusi Juri Suara Viral, Ini Pesan Misha Omar Buat 10 Para Pesertanya

Program hiburan realiti nyanyian terbaru, Suara Viral bakal menemui penonton. Istimewanya, 10 barisan peserta terpilih mempunyai kerjaya tersendiri, namun, bakat suara yang dimiliki bukan biasa-biasa lagu pernah mencetuskan sensasi di dunia maya.
Bakal bersiana menerusi Astro Prima, ia bakal menyaksikan mereka saling bersaing menerusi pentas yang lebih besar.
Kesemua mereka terdiri daripada enam peserta lelaki dan empat peserta wanita yang akan berentap mendapatkan gelaran juara menerusi persembahan mereka selama lapan minggu bermula esok.
10 peserta terlibat termasuk Bobby (Rider), Bella (Eksekutif Perhubungan Awam), Boy (Krew Studio), Jerry (Setiausaha), Soffwany (Polis) dan Azrul (Pegawai Lalu Lintas).
Sementara empat lagi peserta ialah Farid (Jurutera Mekanikal), Sulastrie (Polis), Ameem (Eksekutif) dan Farah (Tentera).
Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, kesemua mereka berjaya melayakkan diri selepas menjalani sesi ujibakat yang diadakan Februari lalu.
“Kami ingin mengangkat bakat yang sebelum ini sekadar tular di media sosial dan bidang pekerjaan masing-masing ke skala yang lebih besar di platform televisyen pula.
“Lebih kurang 200 orang yang hadir ke sesi ujibakat. Mereka yang hadir mempunyai profesion tersendiri antaranya guru, tentera dan polis,” katanya pada sidang media Suara Viral secara virtual.
Menampilkan Datuk AC Mizal selaku hos, Suara Viral turut menampilkan penyanyi Misha Omar dan Akim Ahmad sebagai juri tetap.
Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Datuk AC menyifatkan konsep yang diketengahkan ini berbeza daripada rancangan hiburan seumpamanya.
“Menerusi nyayian awal ketika sidang media, saya dapat lihat ada kelainan daripada segi konsepnya. Ada yang pernah belajar dan sebaliknya.
“Akan tetapi andai mereka ambil apa yang dipelajari sepanjang program Suara Viral sepanjang lapan minggu bersiaran dan andai kata menjadi juara ia suatu yang baik sebab memang banyak beza di antara nyanyian yang viral menerusi video dan menyanyi di atas pentas.
“Tekanan yang dirasakan memang lain dari lain termasuk dari segi komen netizen dari minggu ke minggu. Nasihat saya adalah jadi profesional sebab kita tidak memaksa peserta untuk menyanyi. Mereka sendiri yang hadir.
“Menyanyi di atas pentas itu memang sukar dan banyak perkara yang kalian perlu belajar. Bukan saja dari segi nyanyian, tetapi juga dalam sisi teknikal, imej dan sebagainya. Anda sendiri yang nak menyanyi dan pastikan cari ilmu seterusnya buat yang terbaik,” katanya.
Misha Omar pula akui kuasa viral yang wujud boleh memberi impak yang baik dan sebaliknya.
“Kuasa viral ni boleh bawa kita ke arah positif dan negatif. Oleh kerana netizen boleh berikan respon secara langsung, ia buatkan kita yang bertanding berada di dalam tekanan.
“Apa pun, viral ke tidak ke, kita ingin jadi penyanyi yang baik itu yang paling penting. Kena tetapkan dalam hati apa yang kalian mahukan,” jelasnya.
Selain itu, seramai lapan orang Juri Duduk Rumah juga akan mengadili persembahan mereka yang terdiri daripada penyanyi Idayu, Bob Yusof, Sissy Imann, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain dan Ngektsai (influencer), serta pengamal media, Niezam Abdullah dan Sudyr Tahir.
Format penjurian 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus lagi juri di rumah.
Malah, setiap minggu juga akan ada penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) setiap Rabu bermula 17 Jun ini pada pukul 9 malam.
Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi ‘Jom Intai Suara Viral’ yang akan ditayangkan pada Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang bermula 15 Jun lalu.
Penonton juga serta boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Ikuti sidang media virtual penuhnya di sini;
Sidang Media 'Suara Viral' sedang berlangsung sekarang secara virtual di platform digital.Program realiti 'Suara Viral' terbitan Astro Prima bakal menampilkan barisan pelantun suara yang pernah tular dalam bidang kerjaya masing-masing di media sosial.Antara selebriti tanah air yang menjadi tarikan utama program ini termasuklah Dato' AC Mizal, Misha Omar, Akim Ahmad, Marsha Milan, Idayu, Bob Yusof, Sissy Iman, Sarah Suhairi, Syafiq Farhain serta ramai lagi.Jangan lupa saksikan konsert mingguan 'Suara Viral' yang bakal ditayangkan secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9 malam di Astro Prima (125) & Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun 2020.
Posted by Astro on Wednesday, 3 June 2020
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ini Bukan Video Nak Mengutuk Doktor Yang Komen Drama Melayu,” – Tak Payah Terasa, Pesan Micheal Ang

Berkongsi realiti pembikinan babak drama di hospital, Micheal Ang menjelaskan kekurangan dana menyebabkan banyak perkara harus dilakukan mengikut kreativiti sendiri.
Malah babak hospital yang juga terpaksa dilakukan di lokasi yang disewa kerana mereka tidak dibenarkan menjalani penggambaran di hospital sebenar.
“Salam semua! Ini la dilema drama melayu! Tak cukup budget! Lepas tu kena kutuk kiri kanan! Kasihani la kita bagi budget lebih sikit pls!!! Hahahahah luv u all!
“Happy Weekend! ADUH SUSAH LA SEKARANG BUAT VIDEO AJE ADA AJE ORG TERASA! INI BUKAN VIDEO NAK MENGUTUK DOCTOR2 YG COMMENT DRAMA MELAYU! VIDEO NI NAK BAGITAHU APA KITA KENA BUAT BILA TAK DPT SHOOT KAT REAL HOSPITAL TAPI KENA SHOOT KAT HOSPITAL MOCK UP! TU AJE SO TAK PAYAH NAK TERASA!” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Namun netizen menjelaskan komen yang diberikan doktor berkait babak yang tular itu tiada kena mengena dengan bajet, sebaliknya setiap babak harus diteliti dan dikaji sebelum dilakonkan.
Namun, pengarah Setelah Terlafaznya Akad ini menafikan komen yang diluahkan berkait dengan video tular tersebut.
Foto : Instagram Micheal Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Orang Bercakap Soal Peribadi Saja, Bakatnya Banyak Lagi Boleh ‘Explore’,” – Tak Sabar! Kerjasama Alyah Bersama PU Riz Dalam Lagu

Bakal tampil dengan single terbaharu, Datin Alyah mendedahkan lagu berkenaan bakal menampilkan berkolaborasi pertamanya dengan pendakwah bebas, PU Riz.
Berkonsepkan kerohanian, lagu berjudul Thank You Allah itu dijangka bakal dilancarkan sebelum menjelangnya Ramadan.
Jelas Alyah, penampilan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail itu adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab di dalam lagu berkenaan.
“Saya tahu PU Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.
“Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Memang kita panggil dia untuk monolog, apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh nyanyi dengan baik juga.
“Cuma tak boleh ‘explore’ banyak perkara mengenai dia sebab tahu dia sebagai PU saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu,” katanya.
Berkongsi dengan lebih lanjut, isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini menyifatkan pemilihan pendakwah bebas tersebut sebagai satu pilihan tepat, khasnya daripada segi suara yang berjaya disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu dengan baik.
“Diakui nak dapatkan PU Riz memang susah. Cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara ‘jantan’, susah. Kebanyakan ada di Indonesia. Di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.
“Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.
“Dalam erti kata lain, suara PU Riz ni sangat ‘limited’. Bukan cakap sebab nak trending, tapi sejujurnya kalau tanya saya lima tahun lepas dan lima tahun akan datang itulah jawapan saya.
“Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia.
“Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh ‘explore’. Dia ada karakter suara macam pelakon hebat lain. Cuma bezanya dia PU,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Alyah juga sedang dalam perancangan untuk melakukan penggambaran muzik video bagi single berkenaan.
Terdahulu, satu video yang dimuat naik penyanyi Meluruh ini menerusi Instagram menarik perhatian ramai apabila PU Riz dilihat mengisi masa bersama beberapa kenalan lain dengan berkunjung ke kediaman penyanyi tersebut baru-baru ini.
Malah Alyah menerusi kapsyen juga turut mengucapkan selamat pengantin baru buat Riz yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan selebriti popular, Neelofa minggu lalu.
Foto: Instagram Alyah, PU Riz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI