Mentor usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman bukan hanya mengajar ilmu perniagaan malah soal ibadah kepada anak-anak didiknya yang kebanyakan beragama Islam.

Menurut penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, beliau yang ketika ini berada di Tanah Suci mengikuti rombongan Mutiara Travel and Tours yang kebetulan terdapat beberapa orang usahawan di bawah bimbingan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. itu.

“Untung Azizan, Selain Dapat Pahala Ajar Bisnes…,” – Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Puji Dr Azizan“Untung Azizan, Selain Dapat Pahala Ajar Bisnes…,” – Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Puji Dr Azizan

“Untung Azizan, selain dapat pahala ajar bisnes, nampak gayanya banyak juga saham pahala ibadah haji bakal diperolehi.

IKLAN

“Allah pertemukan saya dengan beberapa orang murid beliau, ada yang dalam rombongan bersama dan ada datang dengan travel lain. Tapi semuanya menyebut, ‘Doc pesan kepada kami buat haji!’,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook.

Tambah Ustaz Syed Mohd Norhisyam, semoga kebaikan kita akan dirahmatiNya.

“Saya perasan, ada beberapa persamaan yang ada pada mereka (anak-anak murid Azizan) ini.

IKLAN

“Pertama, pandai bisnes; mudah mesra dengan sesiapa sahaja; suka berbuat kebaikan terutamanya bersedekah dan senyumannya manis,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian berkenaan, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga mengucapkan tahniah kepada mentor usahawan itu dan moga terus berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang barakah.

IKLAN

“Untung Azizan, Selain Dapat Pahala Ajar Bisnes…,” – Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Puji Dr Azizan “Untung Azizan, Selain Dapat Pahala Ajar Bisnes…,” – Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Puji Dr Azizan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI