Pelakon veteran, Mak Wan Latah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meludah bekas pembantu peribadinya ketika kesnya dibacakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada Khamis.
Memetik laporan Sinar Harian, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu keamanan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai, Batu Kurau dalam daerah Larut Matang kira-kira jam 7 malam, 24 Jun lalu.
Ads
Mak Wan Latah didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Polis, Inspektor Khoo Thean Heng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 mengambil kira status tertuduh.
Ads
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili Peguam T Selvadoray dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) meminta wang jaminan dikurangkan.
Ads
Majistret turut menetapkan 5 September depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, Tentera Udara Amerika Syarikat.
Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tentera selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketenteraan.
Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.
“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.
Pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy memilih untuk mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Bunga Elhaq hari ini pada saat umat Islam meraikan Aidiladha.
Sedondon mengenakan persalinan polos putih, Elisya menerusi Instagram turut berkongsi momen indah sepanjang majlis.
Adik kepada aktres Fasha Sandha ini juga menitipkan dedikasi serta akui melahirkan puteri tersayang menjadi pengorbanan terbesar dalam hidupnya sekeluarga.
“MashaAllah anak mummy ni sangat bertuah, ramai orang sayang. When you grow up, you can read, i want you to read this message and ingat pesan mummy, jaga lah hati orang yang sayangkan you.
“Hargai pengorbanannya, terima lah kekurangannya jangan sia siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya.
“Selamat Hari Raya Korban daripada kami bertiga,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Imbas kembali, Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 18 Jun lalu.
Kekecewaan dan kekesalan hidup akibat terlalu bergantung kepada suami akhirnya menjentik hati suri rumah, Faziana Zakaria untuk keluar dari zon selesa.
Wanita berusia 36 tahun ini akui, apabila nak ke tandas awam dengan bayaran 20 sen pun masih mengharapkan ihsan suami.
Pendek kata, selama15 tahun berkahwin ibu kepada dua cahaya mata ini pernah ada ada wang di tangan secara konsisten.
“Banyak yang buat saya rasa lemah semangat dan kurang motivasi dalam hidup ini. Mungkin terlalu selesa ditanggung suami hingga saya akhirnya terperangkap dengan ego sendiri.
“Bayangkan ke mana-mana pun saya tak pernah bawa dompet sebab tiada sesen pun di tangan. Balik-balik saya harapkan suami untuk beli itu ini.
“Saya pula jenis yang terbiasa nak membantu orang lain. Tetapi, hujung-hujung tersekat dengan keadaan diri sendiri yang tak berdaya nak menghulurkan sumbangan,”kata Faziana.
Paling terkesan, dia tidak dapat membantu ibu bapanya sendiri yang memerlukan sekitar RM10,000 untuk proses pengubahsuaian rumah.
“Saya nak minta duit dekat suami untuk bantu jelaskan bayaran pengubahsuaian itu terbit rasa bersalah. Takkan asyik-asyik semua nak harap duit dia?
“Gaji dan duit simpanan suami pun berapalah sangat. Tambahan pula, ibu dan bapa mentua saya pun lebih memerlukan wang untuk merawat masalah buah pinggang dan rawatan susulan dialisis.
“Jadi saya tak boleh mementingkan diri sendiri apabila terhimpit dengan dilema sebegitu. Kalau fikir kita susah atau ada masalah, sebenarnya ada lagi yang lebih bergelut,” katanya.
Lama-kelamaan Faziana mula berfikir sesuatu dan mahu mencabar diri supaya tidak terus berada di zon selesa.
“Kemuncak kepada niat saya nak cari duit sendiri tercetus pada tahun 2017 apabila mencuba nasib dengan menggunakan produk keluaran Nurraysa untuk mencari solusi kepada masalah ekzema anak saya.
“Ia akhirnya membuka lembaran baharu untuk saya ‘menggali’ kerja dalam bidang kosmetik.
“Dari suri rumah, saya akhirnya minat berbisnes.Manfaat dan khasiat produk Nurraysa yang mesra wuduk juga buat saya mahu memanjangkannya kepada lebih ramaiorang lagi.
“Saya cabar diri jadi ejen jenama itu dan sesuatu yang mengejutkan saya berjaya capai RM10,000 selepas sebulan berjinak-jinak berniaga.
“Selama ini saya tak ada sesen dalam tangan, tapi akhirnya kuasa dan pintu rezeki membolehkan saya hidup senang,” katanya.
Faziana mengakui kehidupannnya berubah 360 darjah dengan izin Tuhan.
“Duit bulanan untuk ibu bapa yang selama ini saya mengharapkan ihsan suami pun akhirnya dapat diserahkan sendiri. Saya berjaya hulurkan wang bulanan kepada mereka setiap bulan.
“Dengan limpahan rezeki yang diterima, saya berjaya mengubah suai rumah sendiri. Saya mampu kumpul duit deposit rumah kedua bersama suami.
“Malah, saya mampu melancong dalam dan luar negara hasil duit berniaga. Tak ketinggalan, saya bangga memiliki kereta pertama sendiri dengan menggunakan slip gaji berniaga,” katanya.
Hasil dedikasi dan ketekunan Faziana memanfaatkan bisnes bersama jenama itu juga berjaya membuatkan dia memperoleh jumlah jualan yang boleh dibanggakan.
“Saya bersyukur pilihan bersama jenama ini dan dibantu bimbingan pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli yang tak lokek mengajar dan berkongsi ilmu, memberikan kenikmatan dan kebahagiaan tidak terungkap.
“Platform berbisnes secara jemaah ditawarkan pengasas yang bersemangat membimbing pasukan Nurraysa setiap hari 24 jam tanpa henti juga menjadi galakan dan inspirasi.
“Ilmu dikongsi pengasas itu akhirnya dicurahkan saya kepada pasukan dan bantu sesama sendiri. Bagi yang mahu ikut jejak saya boleh mencari informasi menerusi laman web rasmi mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.