Pengarah teater muzikal Ola Bola, Puan Sri Tiara Jacquelina menjelaskan Altimet yang merupakan penampilan khas di dalam teater tersebut terpaksa ‘direhatkan’ sehari demi memberi laluan buat penyanyi itu  bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung Ahad ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Katanya kepada MH, pihak produksi sedia maklum mengenai hal berkenaan dan sudah mempunyai pelakon stand-in bagi menggantikan watak yang dibawa Altimet.

“Untuk Satu Malam, Watak Altimet Dalam Ola Bola The Musical Diganti Pelakon Lain,” – Puan Sri Tiara Jacquelina

“Untuk satu malam, watak Altimet dalam Ola Bola The Musical diganti pelakon lain. Setiap pelakon sudah mempunyai pelakon stand-in sendiri malah kami sudah praktikkannya sejak teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) lagi. Malah saya sendiri ketika itu turut mempunyai pelakon understudy sendiri. 

 

“Dalam setiap situasi dalam perang misalnya, kalau tak jadi apa yang dirancang, kita perlu cari jalan lain. Inikan pula dalam persembahan yang melibatkan aspek teknikal yang agak rumit, kalau tidak jadi kita perlu teruskan dengan plan B,” kata Tiara ketika ditemui di tayangan media Ola Bola The Musical di Istana Budaya pada Rabu.

Altimet bersaing bersama 11 buah lagu lain di AJL32 menerusi lagu Amboi ciptaan Navigator dan lriknya ditulis Altimet. AJL32 turut ditayangkan secara langsung di TV3.

Sementarai tu, Tiara turut berpuas hari dengan prestasi hari pertama para pelakon yang terlibat di dalam teater muzikal berkenaan yang diterbitkan produksi Enfiniti Sdn Bhd dengan kerjasama Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd itu.

IKLAN

“Untuk Satu Malam, Watak Altimet Dalam Ola Bola The Musical Diganti Pelakon Lain,” – Puan Sri Tiara Jacquelina

“Bercakap mengenai momentum pelakon, rata-ratanya masih lagu muda dan sebab itulah kita mempunyai tempoh yang panjang untuk latihan. Mereka perlukan masa yang cukup untuk bina energi dan momentum. Tidak boleh dengan hanya seminggu berlatih. Kalau nak join, kena jalani latihan intensif selama tiga bulan.

 

“Saya juga ada beritahu mereka, kalau saya boleh lakukan babak lebih 75 peratus solo menerusi PGLTM dulu, kamu pun pasti boleh,” kongsi Tiara yang turut menambah, dia begitu menitik beratkan soal penceritaan demi menyuntik emosi penonton.

 

“Meski teknikal hebat, ceritanya kena datang dulu. Ada juga visual yang kami keluarkan sebab bila terlalu banyak, kena keluarkan juga. Visual dan elemen lain hanyalah sekadar untuk menyokong perjalanan keseluruhan cerita,” jelasnya yang turut menyasarkan tontonan lebih 40,000 penonton dalam tempoh sebulan tetaer musizkal itu dipentaskan di Istana Budaya bermula 8 Februari 2018.

Teater muzikal Ola Bola yang dibarisi pelakon muda dan berbakat seperti Luqman Hafidz, Lim Jian Wen, Iedil Putra dan ramai lagi ini diinspirasi daripada versi filem Ola Bola arahan pengarah Cheiu Keng Guan yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.

Anda boleh mendapatkan tiket untuk menonton teater muzikal Ola Bola ini menerusi laman rasmi, www.olabolamusical.com.

IKLAN

Yang penting, MH yang turut sama menonton teater berkenaan pun rasa kagum dengan props dan semangat yang dibawa keseluruhan produksi ini. Memang terbaik guys. Tahniah dari kami!

 

 

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI