Aktres Ummi Nazeera menolak khabar angin dan spekulasi segelintir pihak yang mendakwa dia kini sedang hamil anak ketiga susulan fizikal terkininya yang semakin berisi.
Menurut Umi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, sejujurnya dia belum bersedia kembali berbadan dua memandangkan komitmen dan tanggungjawab sebagai wanita hamil itu bukan suatu hal yang mudah.
“Saya tak mengandung. Saya belum bersedia (untuk anak ketiga). Pengalaman mengandungkan anak pertama agak teruk. Bagaimanapun, semuanya (membesarkan anak-anak) sesuatu yang berbaloi, alhamdulillah.
“Cuma untuk membesarkan anak, bagi saya tak mudah. Sebab itu untuk anak ketiga, saya belum lagi bersedia. Sebab kalau boleh, saya nak bagi kasih sayang secukupnya buat kedua-dua anak sekarang.
Ads
“Pada masa sama, saya pun semakin sibuk dengan kerja, jadi nak beri masa dan cinta buat anak-anak dan semestinya, suami,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Ummi menjelaskan bahawa suaminya iaitu Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani bersedia untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Ads
“Izzar nak (anak) tapi dia cakap hanya bila saya sudah bersedia. Kami buat family planning. Saya tidak menafikan ada ambil pil pencegahan kehamilan.
“Untuk anak pertama, saya tak ambil, namun anak kedua saya ambil terus. Berkesan untuk lima tahun tapi ada kemungkinan untuk hamil juga sebenarnya cuma peratusan sangat rendah,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Umi mendirikan rumah tangga dengan seorang doktor perubatan, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayra Aneesah, 5, dan Aysha Arsylia, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular Iman Troye memaklumkan memaklumkan dirinya telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin berkongsi, kereta yang dipandunya dikatakan telah hilang kawalan disebabkan jalan raya yang licin berikutan hujan lebat.
“1 November 2023, baru hari pertama November, saya telah mengalami kemalangan. Hujan lebat dan jalan licin. Jadi, kereta hilang kawalan.
“Baru berkesempatan nak kongsikan di sini (media sosial),” tulisnya menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories.
Bagaimanapun, Iman memberithu dia tidak mengalami kecederaan serius namun, kepalanya dikatakan terhentak pada cermin pintu.
“Alhamdulillah selamat. Tiada apa-apa kecederaan teruk. Cuma kecederaan ringan sahaja sebab kepala terhentak dekat tingkap kereta.
“Kaki bengkak dan telinga di sebelah kanan berdesing. Terus tak dengar apa-apa. Esoknya, volume kanan kurang daripada sebelah kiri.
“Alhamdulillah. Semuanya sudah kembali normal,” kongsinya lagi.
Disebabkan kemalangan tersebut, Iman kini juga mulai fobia untuk memandu dan kini hanya meminta pertolongan keluarga, kawan-kawan atau menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke sesebuah destinasi.
“Sekarang dah tak berani nak memandu sendiri. Memang 100% mengharapkan Grab, keluarga atau kawan-kawan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memulakan langkah sebagai anak seni sejak 2014 ketika menyertai pertandingan realiti Ceria Pop Star musim kedua, penyanyi dan komposer, Chubb-E tidak menunggu lama untuk terus mengorak langkah dalam mengejar cita-cita.
Pernah menghasilkan single Aku Tak Kisah dan Kita Cuma Kawan, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy kini muncul dengan single solo ketiga berjudul Padan Muka.
Lagu bergenre urban Hip Hop yang juga hasil ciptaan sepenuhnya itu dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei lalu dan diterbitkan di bawah syarikat rakaman FutureMusic Entertainment.
Menurut bintang berusia 20 tahun ini, lagu tersebut dihasilkan sejak Ogos tahun lalu dan lirik adalah mengenai kisah sebenar dirinya dalam mencapai impian sebagai pemuzik dan anak seni.
“Mengikut perancangan asal, lagu ini dicipta untuk saya berkolaborasi dengan penyanyi wanita asal luar negara. Masa jumpa dia, saya memang nak bekerjasama dengannya. Jadi, saya cuba cipta satu lagu yang sesuai dengan kami. Sebab itu ambil masa lama sebab nak cari nota lagu yang sesuai.
“Namun, lama kelamaan artis itu menghilang. Dalam masa sama, dia ada masalah tersendiri. Syarikat rakaman pula mendesak untuk saya keluarkan juga lagu ini dengan artis lain. Tapi, bagi saya lagu ini tak sesuai dengan penyanyi lain. Apabila fikir semula mungkin bukan rezeki saya untuk ‘feat’ dengan sesiapa. Jadi, saya keluarkan saja lagu ini secara solo.
“Lagu ini adalah kisah benar mengenai diri saya yang pernah dipandang rendah, diejek dan orang tak percaya boleh pergi jauh. Malah, kawan sekolah juga tak terlalu percaya dengan impian saya. Mereka pandang rendah dengan cita-cita saya. Sebab mereka berasakan terlalu pandai dan saya pula lemah dalam akademik.
“Tapi apabila sudah berjaya dan capai sasaran, tiba-tiba ramai datang termasuk yang pernah ejek dan pandang rendah. Dalam masa sama, orang boleh menjadikan lagu ini sebagai inspirasi dan kaitkan dalam diri masing-masing jika melalui perkara sama,” katanya.
Berkongsi mengenai lagu itu, Chubb-E yang juga bekas juara program Ceria Megastar 2018 mengakui masih mengekalkan genre muzik sama yang disifatkan sebagai ‘forte’ dan identity dirinya.
“Dari dulu saya bermula dengan genre ini yang mana ia juga ‘forte’ saya. Macam mana sekali pun bunyi saya gunakan, ‘mood’ lagu saya bawa tetap ada bunyi Hip Hop. Tak boleh lari.
“Kalau buat pop balada sekali pun, tetap akan ada sentuhan bunyi Hip Hop. Ini adalah identiti saya sebab nak dikenali sebagai artis Hip Hop yang versatil. Ada juga saya buat lagu pop untuk artis lain, tapi bunyi Hip Hop tetap ada. Jadi saya akan kekalkan muzik ini,” katanya.
Bercerita mengenai kerjaya seninya, Chubb-E yang turut terbabit dalam program Dansa Sing bersama Youngsters Crew dalam perancangan untuk menghasilkan ‘mix tape’ atau album EP yang memuatkan lagu Hip Hop rap sepenuhnya.
“Perancangan akan datang, saya nak mencipta dan menerbitkan lebih banyak lagi lagu untuk artis lain. Bagi saya, perancangan untuk berkolaborasi dengan artis lain saya rasa belum masanya. Saya nak kena cukupkan lima single solo dulu.
“Saya juga merancang nak keluarkan ‘mix tape’ atau EP yang mengandungi keseluruhan lagu rap untuk peminat saya dengar. Genre lain, saya nak cuba pelbagai lagi, tapi masih ada sentuhan bunyi Hip Hop. Saya merancang nak cipta lagu yang lain daripada lain untuk pendatang baru seperti saya. Macam sekarang ramai komposer Hip Hop terkenal.
“Cuma, saya harap dengan kehadiran saya ini orang boleh bezakan kami. Saya punya bunyi lain, mereka pun lain,” katanya.
Video muzik lirik lagu Padan Muka boleh ditonton di saluran YouTube FutureMusic Entertainment.
Video muzik lirik yang dimuat naik sejak tiga minggu lalu itu ditonton lebih 30,000 kali tontonan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall menyifatkan kehadiran dua orang anak lelakinya iaitu Putra Adam Rizki, 6 dan Putra Aiman Zafran, 4 sebagai kekuatan utama...