Jika kebanyakan pelakon menolak untuk membawakan watak orang ketiga, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bagaimanapun terbuka untuk menjayakan karakter sedemikian sekiranya diberikan tawaran daripada pihak produksi.

Menurut Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, sebagai seorang pelakon dia ingin mencuba pelbagai bentuk cabaran watak dan karakter penyondol merupakan salah satu daripadanya.

“Bagi saya, jika saya pilih untuk jadi seorang pelakon memang saya terbuka untuk apa sahaja jenis watak, watak cacat ke watak penyondol ke, kita cuba.

“Untuk bawa watak penyondol, saya terima sahaja.. realiti kehidupan pun memang ada semua benda ni (kisah penyondol).

“Memang saya tak kisah, saya terbuka nak bawa watak wanita penyondol sebab saya nak tahu juga apa yang mereka rasa.. seronok ke, bukankah hidup kita jadi tak tenang,” katannya kepada MH.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

IKLAN

Bella ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pusat karaoke Loudspeaker yang berlangsung di cawangan terbaharu mereka yang terletak di Datum Jelatek Mall, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketika ditanya tidakkah dia risau sekiranya lakonannya itu akan dibenci penonton, Bella menyatakan sekiranya perkara itu berlaku bermakna dia telah menjalankan kerjanya dengan baik.

IKLAN

“Sebenarnya kalau orang benci maksudnya lakonan itu menjadi.. kalau saya tak buat, sampai bila-bila saya tidak akan melalui proses itu.

“(Dengan memang pelbagai watak) dekat situ kita akan melalui banyak proses dan pengalaman yang mungkin sebelum ini saya tak pernah lalui.

IKLAN

“Selalunya kalau saya dapat mana-mana tawaran lakonan, saya memang akan bercerita dahulu dengan Aliff dan begitu juga dia,” katanya lagi.

Untuk info, Bella dan Aliff Aziz, 32, mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Rumah tangga mereka sebelum ini pernah beberapa kali diduga apabila Aliff sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI