Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menzahirkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang gemar berfikiran tidak senonoh ketika wanita sedang menikmati makanan.

Menurut individu berkenaan, mereka yang berfikiran kotor ini akan sentiasa berfantasi dan menjadikan wanita sebagai objek sex.

“Penatlah bila orang nak sexualise makanan dengan blowjob. Tengok perempuan makan aiskrim, kau fikir sex.

“Tengok perempuan makan siput sedut, kau fikir sex. Kecil-kecil tak nak mampos. Boleh tak biarkan orang makan dengan tenang,” tulisnya.

Lantaran itu, dia berharap agar sikap seperti ini dapat dihentikan kerana ia akan membuatkan para wanita berasa kurang selesa dan tidak selamat.

Hal tersebut nyata mendapat respon daripada ramai pihak termasuklah pelakon, Tiz Zaqyah.

IKLAN

“Nak Jilat Aiskrim Pun Rasa Macam Buat Salah,” – Jadi Mangsa ‘Otak Kuning’, Tiz Zaqyah Berhenti Makan Pisang, Netizen Kongsi Pengalaman “Nak Jilat Aiskrim Pun Rasa Macam Buat Salah,” – Jadi Mangsa ‘Otak Kuning’, Tiz Zaqyah Berhenti Makan Pisang, Netizen Kongsi Pengalaman

Jelas Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, disebabkan kelakuan tersebut, dia kini sudah tidak lagi memakan pisang ketika dikhalayak ramai.

“Sehingga kini saya tak makan pisang dikhalayak ramai disebabkan mereka ini,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama selain turut menasihati Tiz supaya tidak mempedulikan perbuatan terkutuk itu.

IKLAN

“Saya elak makan pisang ditempat awak sejak zaman sekolah sebab pernah ada orang komen ‘macam pro je’.

“Iyeee, nak jilat aiskrim in public pon rasa macam kita pulak buat salah.

“Ini lah bila porno jd perkara normal. Jadi bahan jenaka. Memang jenis sampah.

“Makan je pisang atau aiskrim tu guna gigi. Gigit. Biar ngilu deme nengok lepas tu. Apa punya otak la semua benda nak dijadikan bahan sex kan. Nak makan pun susah.

IKLAN

“Kalau terpaksa makan ais lkrim kat public, saya pilih aiskrim ada sudu atau pun gigit aiskrim tu istead of jilat. Pisang pula akan patahkan dia makan sikit-sikit. Instead of makan macam biasa,” antara komen-komen netizen.

Dalam perkembangaan lain, Tiz kini sedang sibuk mempromosikan drama terbarunya yang berjudul, Liar yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Go.

“Nak Jilat Aiskrim Pun Rasa Macam Buat Salah,” – Jadi Mangsa ‘Otak Kuning’, Tiz Zaqyah Berhenti Makan Pisang, Netizen Kongsi Pengalaman

Selain itu, Tiz juga bakal muncul menerusi teater muzikal, Keajaiban Puteri Langkawi yang akan dipentaskan di Dataran Lang, Lang, Langkawi pada 24 Mei ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Izzati Rosdi, Twitter & Instagram Tiz Zaqyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI