Pengcara dan pelawak terkenal Indonesia, Rina Nose mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mencari keserasian bersama gandingannya, Elly Mazlein untuk mengacarakan program realiti, Big Stage 2023.

Menurut Rina atau nama sebenarnya Nurina Permata Putri, keserasiannya bersama Elly terjadi secara bersahaja dan dia percaya magis yang terdapat di pentas Big Stage telah menyatukan mereka.

“Keserasian tersebut terjadi begitu sahaja. Tiada perbincangan diantara kami tentang apa yang ingin dilakukan. Kami hanya akan menyokong antara satu sama lain.

“Bila di atas pentas, ia seperti ada magis. Segalanya berlaku secara natural dan spontan. Ada beberapa hal yang kami rancang tapi bila program berlangsung, ia terjadi begitu sahaja.

“Malah, aksi Elly mendukung saya sewaktu gimik perkenalan itu pun berlaku secara spontan. Saya tak tahu dia akan berbuat sedemikian. Saya memang kena respon. Kalau tidak, segalanya tidak akan menjadi,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Rina turut menyifatkan dia dan Elly mempunyai banyak persamaan lebih-lebih lagi berkaitan cara berfikir.

IKLAN

“Saya sangat senang kerana dipertemukan dengan individu yang sama-sama boleh berkelakuan spontan. Secara peribadi, saya dan Elly punyai banyak persamaan.

“Kami selalu berkongsi cerita dan ternyata cara pemikiran kami hampir sama. Mungkin sebab itu kami boleh serasi bersama,” ujarnya lagi.

Bintang berusia 39 tahun itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert minggu pertama Big Stage 2023 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

IKLAN

Ditanya mengenai perasaannya mengendalikan konsert minggu pertama Big Stage 2023, Rina akui agak gementar dan menyifatkan ada ruang untuk penambahbaikkan.

“Bila pertama kali menjadi hos untuk program televisyen di Malaysa, sudah tentu perasaannya agak gementar dan bingung.

“Saya juga sedang menyesuaikan diri dengan bahasa. Jadi, perasaannya sedikit canggung. Bila Elly bercakap cepat, jadi, ada beberapa hal yang saya kurang faham.

IKLAN

“Ini merupakan pengalaman baru buat saya. Saya harus cuba mengembangkan bakat saya di luar negara. Saya biasa melihat artis Indonesia melebarkan sayap di Malaysia tapi bukan sebagai seorang hos.

“Hos merupakan seorang yang perlu bercakap banyak. Jadi, itu cabaran terbesar buat saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI