Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia terlebih dulu menonton filem Anwar: The Untold Story sebelum merakamkan lagu tema naskhah berkenaan yang berjudul Menjaga Cintamu.

Kata Siti, dia berbuat demikian kerana mahu benar-benar menghayati isi serta jalan cerita lagu hasil ciptaan komposer prolifik Indonesia, Andi Rianto dan lirik nulikan Sekar Ayu Asmara itu.

“Sebelum rakam lagu tema ini, saya minta untuk menonton filem terbabit supaya boleh menghayatinya dengan mendalam. Selepas saya tonton, barulah saya dapat mendalami jalan cerita dengan baik.

“Lagu ini dihasilkan untuk seorang tokoh yang berkorban bersama isterinya. Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sering bersabar dan banyak menahan perasaan sepanjang perjuangan mereka.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyampaikan lagu ini,” katanya kepada MH.

Penyanyi Cindai ini ditemui sejurus Tayangan Perdana Anwar: The Untold Story anjuran DMY Creation di Dadi Cinema, Pavilion, malam tadi.

IKLAN

Menerima pujian Perdana Menteri yang tersentuh selepas mendengar lagu tema terbabit, Siti terharu dengan respons baik yang diterima.

@mediahiburanofficial Siti sebenarnya tidak pernah terlintas untuk meminta apa-apa gelaran daripada peminat kerana percaya hasil kerja yang baik akan membawa kepada sokongan berterusan 👏🏼♥️ #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ Relaxing Japanese-style piano song inviting nostalgia – Akiko Akiyama

“Saya segan tapi saya rasa bersyukur, Alhamdulillah. Maknanya usaha dan hasil ciptaan Andi Rianto yang dibuat khas untuk filem ini mencapai matlamatnya.

IKLAN

“Sejujurnya saya gementar, namun saya terharu dengan penerimaan dan maklum balas positif terhadap lagu ini.

“Insya-Allah, Menjaga Cintamu ini bakal dimuatkan dalam album terbaharu saya,” katanya lagi.

Filem sentuhan pengarah Indonesia Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil Zahari, yang memegang watak utama sebagai Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Wan Azizah), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

IKLAN

Filem terbitan Bianglala Entertainment yang menelan belanja sebanyak RM10 juta bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh negara pada 18 Mei ini.

Anwar: The Untold Story menceritakan mengenai perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI